Konsultasi Aura

Sesi Konsultasi Aura



Sesi konsultasi aura merupakan sesi yang tersangat peribadi. Segala kupasan maklumat peribadi pelanggan adalah perkara yang diklasifikasikan sebagai SULIT. Ini merupakan perkara yang harus diketahui dan difahami oleh pelanggan sebelum memasuki bilik konsultasi. Walaubagaimanapun, pelanggan BERHAK untuk membawa teman jika temannya itu merupakan seseorang yang rapat dengannya ataupun seseorang yang dipercayai.

Sesi konsultasi ataupun diagnosis secara keseluruahnnya merupakan sesi untuk mengukur tahap TENAGA yang terdapat pada manusia.

Imbasan akan mengambil masa sekitar anggaran kurang dari 5 minit sahaja dan keputusan warna aura akan terpapar di skrin monitor komputer. Imbasan ini akan dilakukan menggunakan peralatan Aura Bio-Sensor.


Sedikit Pengenalan

Sebelum memulakan kupasan, pelanggan akan diterangkan dengan sedikit fakta secara umum berkenaan aura dan sistem bio-energi manusia. Ini untuk memudahkan pelanggan untuk memahami kupasan yang akan diterangkan selanjutnya.
Perkara pertama yang akan dikupaskan adalah berkenaan aura personaliti pelanggan. Terdapat beberapa perkara yang akan diperiksa seperti warna aura, saiz aura dan masalah kebocoran aura.



Warna Aura

Warna aura yang terang dan bersinar menunjukkan keadaan yang bagus, manakala warna yang suram dan keruh menunjukkan terdapat permasalahan dan radiasi. Aura personaliti pelanggan juga telah dapat ditentukan sama ianya tergolong dalam warna sejuk atau panas. Penerangan tentang aura personaliti pelanggan telah memasuki fasa pertama.


suram
Contoh warna aura yang suram pada bahagian kiri tubuh



Saiz Aura

Faktor ini memainkan peranan penting. Saiz 50% ke atas menunjukkan saiz yang bagus dan 50% ke bawah menunjukkan terdapat permasalahan. Pelanggan akan diterangkan berkenaan FUNGSI AURA sebagai sebahagaian dari mekanisma pertahan atau perisai halus pada tubuh.


saiz


Masalah Kebocoran Aura

Kebocoran aura boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Contoh punca kobocoran aura dari faktor dalaman adalah disebabkan dari gelombang perasaan / pemikiran negatif seseorang itu sendiri. Dengan bahasa mudahnya ’seseorang itu dengan sendirinya ”membuka laluan” untuk energi negatif masuk ke dalam lingkaran medan tenaganya (aura)’. Ini kerana aura juga memainkan peranan sebagai magnet selain dari perisai halus. Contoh kebocoran aura dari faktor luaran pula adalah disebabkan oleh pendedahan terlalu lama dengan peralatan yang menghasilkan Electro Magnetic Field yang tinggi. Sebagai contohnya komputer, telefon bimbit, pencawang penjana elektrik dll.

bocor
Contoh lapisan aura yang mengalami kebocoran pada bahagian atas kepala.


Pusat Tenaga (Chakra)

Seterusnya kupasan berkenaan pusat tenaga akan dilakukan. Pelanggan sekali lagi akan diterangkan secara umum tentang segala fungsi chakra dan kaitannya aura, sistem kelenjar (kelenjar menghasilkan hormon dan hormon memberi kesan ke atas fizikal serta psikologi manusia) dan juga sistem bio-energi manusia. Antara perkara yang diberi perhatian adalah seperti tahap peratus tenaga pada chakra, saiz dan bentuk chakra, warna chakra serta peratus keseluruhan tahap aura dan chakra.


Tahap Peratus Pada Chakra
peratus
Pelanggan akan dapat mengetahui secara jelas tentang tahap peratusan tenaga yang terdapat pada chakranya. Diagnosis hanya akan memberi penumpuan pada peratus tenaga yang rendah.

Tahap 30% ke bawah merupakan peratusan yang rendah dan sememangnya terdapat masalah baik secara fizikal mahupun psikologi. Perlulah diketahui bahawa diagnosis ini tidak bertujuan memberikan nama jenis penyakit tetapi ianya lebih menjurus ke arah mengenalpasti zon yang mempunyai masalah. Zon ini diwakili oleh satu chakra. Chakra ini mewakili sistem fizikal serta faktor psikologi. Kebiasaannya pada tahap 30% ke bawah ini seseorang itu mempunyai masalah-masalah pada tubuh fizikal dan psikologi.

Tahap 60%, 50% dan 40% merupakan peratusan tahap sederhana, namun ianya masih belum didalam kategori ’selamat’. Ini kerana manusia pada abad ini terdedah dengan begitu banyak radiasi buatan sendiri, corak pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat - kurang bersenam dll.

Tahap 70% hingga 100% merupakan tahap peratusan yang paling ideal. Untuk mendapatkan tahap peratusan yang tinggi seperti ini, seseorang itu harus mengekalkan corak pemakanan yang seimbang lagi menyihatkan, gaya hidup yang sihat dan mengamalkan senaman sebagai rutin harian.


Bentuk Chakra

Bentuk yang terdapat pada chakra juga turut dianalisa dan melalui teori menyatakan bahawa bentuk chakra yang sihat adalah bulat seperti roda. Jika terdapat chakra yang mempunyai bentuk yang selain dari bulat, kemungkinan besar chakra tersebut mengalami masalah atau stres dari konteks energi. Samada mengalami lebihan energi ataupun kekurangan energi. Perubahan bentuk adalah berkemungkinan dari hambatan tenaga yang berlaku.

bentuk


Warna Chakra

Pada asasnya warna chakra ada seperti :
  1. Chakra Dasar (Base) – Merah
  2. Chakra Emosi (Sacral) – Jingga
  3. Chakra Sukses (Solar Plexus) – Kuning
  4. Chakra Jantung (Heart) – Hijau
  5. Chakra Komunikasi (Throat) – Biru
  6. Chakra Sensual (Third Eye) – Indigo
  7. Chakra Spiritual (Crown) – Violet

Jika terdapat perubahan pada warna chakra contoh : chakra jantung (hijau) berubah kepada warna biru menunjukkan chakra tersebut mengalami stress dari konteks tenaga.

Seterusnya pelanggan akan diberikan nasihat serta tips penjanaan aura dan chakra yang mana ianya juga merupakan perkara yang pelanggan HARUS TAHU demi untuk mencapai tahap kesihatan yang seimbang baik dari segi fizikal mahupun psikologikal.



Aura Bocor

Pernahkah anda mendengar istilah ini? Saya yakin ramai yang tidak pernah mendengar istilah ini kerana ianya hanya dilafazkan oleh pengamal-pengamal rawatan bio-energi yang rata-rata makin hari makin bertambah bilangannya di Malaysia ini.


Aura juga dikenali sebagai medan elektromagnetik yang mana terdiri daripada partikel-partikel elektron dan proton. Ianya terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar dan ianya merupakan medan tenaga yang berada disekeliling tubuh yang bertindak sebagai perisai halus umpama lapisan ozon yang menyeliputi bumi.


Di dalam kaedah rawatan bio-energi terdapat pelbagai kaedah untuk mengesan kebocoran ini. Salah satu teknik yang popular adalah melalui kaedah ‘palm scanning’ yang hanya dapat dipelajari melalui kursus rawatan bio-energi ATAUpun melalui imbasan ‘Aura Bio Sensor’ yang terdapat di pusat rawatan kami.




Melalui imbasan Aura Bio Sensor, seseorang itu dapat melihat dengan jelas tang mana yang bocor. Kebocoran dinding aura walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar ataupun dirasa dengan kulit, ianya tetap mengundang implikasi secara perlahan-lahan sama ada secara fizikal ataupun psikologi.


Bukan itu sahaja, saiz ketebalan aura juga turut memainkan peranan. Jika saiz aura kecil, sudah tentu seseorang itu menderitai masalah dari keempat-empat aspek iaitu spiritual, emosi, minda dan fizikal. Kami di IQBC mempunyai rekod kes aura kecil yang banyak. Kesemuanya menunjukkan simptom yang sama, iaitu kronik!


Isu kebocoran medan tenaga ini masih lagi dianggap enteng atau hal kecil oleh kebanyakkan mereka di bandar mahupun di pendalaman. Ini kerana kesedaran / maklumat dari sudut kesihatan / saintifik tentang perkara ini masih lagi kurang mendapat liputan, yang popular hanya perkataan “AURA” itu sahaja, lalu ianya dikomersialkan untuk melariskan produk.


Kebocoran aura boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor dalaman dan faktor luaran. Pendedahan EMR (electro magnetic radiation), faktor persekitaran yang tercemar dari segi udara dan pemakanan, gaya hidup yang kurang sihat, masalah kegagalan mengurus emosi, fikiran yang terganggu, pengambilan ubat-ubatan secara salah serta tinggal berhampiran dengan kawasan jana kuasa tenaga elektrik adalah antara-antara faktor yang berpotensi untuk menghakis lalu membocorkan lapisan-lapisan aura diri.




Ramai yang tidak sedar bahawa pendedahan terlalu lama kepada peralatan-peralatan eletronik turut menyumbang kepada kebocoran Aura berlaku dalam skala yang agak besar.




Kebocoran aura boleh menjadi serius jika tidak dirawat kerana ianya akan menyebabkan kerosakan pada medan tenaga itu sendiri. Kerosakan pada medan tenaga akan mendatangkan pelbagai masalah yang mana ianya akan menjadi titik tolak kepada pelbagai jenis penyakit / masalah psikologi.


Malas, sakit / lenguh bahu, mudah marah, hilang daya tumpuan adalah antara sebahagian petanda kecil kebocoran aura. Amat malang kerana kini kita dapat melihat kanak-kanak ramai yang telah terdedah dengan radiasi EMR, kesan dari penggunaan telefon bimbit milik ibu bapa.




Di atas adalah gambar sebiji telur yang diapit kiri kanannya dengan telefon bimbit yang aktif serta radio pemain cd. Ketiga-tiganya adalah peralatan eletronik.




Di atas pula adalah HASILnya setelah dibiarkan beberapa minit. Telur itu telah menjadi seperti TELUR REBUSAN yang sedap dimakan bersama kicap. Hah !!! Apakah pula kesannya pada sistem bio-energi manusia?? Sudah tentu akan berlaku perubahan pada peringkat sel. Sel-sel ini akan mengalami mutasi dan akan menjadi sel kanser atau barah.


Di bawah adalah contoh aura yang mengalami kebocoran. Walaupun saiz auranya besar, tidak bererti ianya tidak mengalami kebocoran.



Bulatan-bulatan merah adalah contoh kebocoran lapisan aura.



Kanan - Aura yang sihat, Kiri - Aura yang mengalami masalah

Antara-antara solusi kepada masalah kebocoran ini adalah dengan penggunaan minyak S7 untuk penggunaan luaran (sapu atau mandi) dan E-Booster penggunaan dalaman (kemam bawah lidah). Kedua-dua produk ini dirumus khas untuk memperbaiki serta menjana tahap kesihatan tenaga hayat (bio-energi) manusia.



Minyak S7 Magical Oil




E-Booster


Ataupun menjalani rawatan terapi bio-energi secara berkala untuk mendapatkan hasil yang MEMUASKAN. Rawatan ini akan memberi tumpuan kepada pusat tenaga / bateri hayat manusia. Ini adalah kerana jika terdapat aura bocor, pasti terdapat hambatan tenaga (energy blockage) pada pusat tenaga.


Kombinasi rawatan dan penggunaan produk ini akan menghasilkan gandingan yang mantap dalam membaik pulih aura bocor atau aura malap lagi keruh.


Pusat rawatan kami dibuka dari jam 9 pagi - 6 petang, selasa - ahad. Kami menerima pelanggan secara 'walk in' dan juga melalui temujanji.



Apa Itu Aura?


Kepada semua yang ingin mengetahui perkara-perkara penting tentang aura, dibawah adalah maklumat berkenaan. Moga dengan sedikit maklumat ini dapat memberi jawapan kepada persoalan anda tentang aura.


  • Aura adalah medan arus elektromagnet yang berbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya.
  • Getaran gelombang ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal.
  • Aura juga bertindak sebagai dinding atau perisai halus yang melindungi subjek fizik yang berada di dalamnya. Ianya seperti fungsi lapisan ozon pada bumi.
  • Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku.
  • Faktor tekanan hidup atau stres adalah salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
  • Aura tidak berhasil dengan sendirinya, tetapi merupakan urutan atau biasan tahap tenaga dari sumber tubuh objek fizik yang mengalirkan tenaga itu
  • Aura juga wujud pada hampir kesemua objek yang mengalirkan tenaga seperti tumbuhan, haiwan, air dan batu-batuan kristal.
  • Terdapat 7 lapisan aura pada sekeliling tubuh fizik manusia. Sebahagian lapisan mengikuti bentuk tubuh manakala selebihnya berbentuk bujur telur.
______________________________________________

Sesi Aura : 30 minit + Penerangan Ilmiah

Hanya RM 80

Tempah Temujanji anda!!

Hubungi saya 014 - 6090 853