30 Januari 2012

Reiki Tahap 1

Workshop hebat ini kembali lagi, pengambilan 'bakal-bakal' Reiki Master awal tahun 2012 telah pun bermula seawal bulan Januari ini. Perjalanan sebagai seorang Pengamal Reiki yang BERTAULIAH bermula di workshop ini.


Apakah kelebihan workshop ini?

Kelebihan workshop ini terletak pada teknik yang akan dipelajari kerana dari teknik yang akan dipelajari inilah nanti ia akan diperkembangkan menjadi beberapa lagi teknik-teknik yang lebih efisyen. Di dalam workshop ini juga akan dipelajari satu teknik yang akan digunakan juga oleh para Reiki Master secara harian iaitu Teknik Reiki Self Healing. Teknik ini merupakan satu teknik yang 'owesome' sebenarnya kerana ianya mempunyai kesan yang tidak terbatas. Selain dari pada itu, anda akan mempelajari teknik ini dari seorang Reiki Master yang juga merupakan seorang Malaysian Reiki Chapter Leader yang bernaung dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.


Apakah ada teknik-teknik yang lain lagi?

Sudah tentu ada, sebelum mempelajari Teknik, anda harus mempelajari kaedah telebih dahulu. Kaedah ini terbahagi kepada 3 kaedah iaitu Hands On, Beaming, dan Scanning. Ketiga-tiga kaedah ini digabungkan untuk menjadi satu teknik yang 'owesome'.


Ada berapa teknik 'owesome' yang diajar dalam workshop ini?

Oh, begitu banyak sekali seperti :

  • Teknik Energize Air
  • Teknik Energize Duit
  • Teknik Energize / Shield Makanan
  • Teknik Protection Diri / Premis / Aset
  • Teknik Meningkatkan Kuasa Aura
  • Teknik Money Magnet Energy


Ok2, selain itu dari segi ilmu bagaimana pula? Apakah ilmu yang akan saya pelajari di dalam workshop ini?

Dari segi ilmu pula anda harus rasa beruntung kerana akan didadahkan dengan ilmu yang anda pelajari ini sememangnya amat MAHAL dan bernilai ribuan ringgit. Antara ilmu yang akan dipelajari secara teori adalah Ilmu Human Bio-Energy, Ilmu Pernafasan, Ilmu Energy Aura dan sudah tentu Ilmu Reiki.


Apakah reiki ini saya sudah boleh gunakan selepas sahaja habis workshop?

Ya!! adalah digalakkan anda terus 'mereikikan' apa sahaja yang anda ingin cuba. Bermain-mainlah dengan energi ini kerana semakin kerap anda berlatih, semakin cepat hasil yang akan anda nikmati. Oh ya, antara TANDA bahawa energi sedang 'flow' dengan baik adalah TELAPAK TANGAN anda berasa PANAS. Jika ini yang berlaku, maka bergembiralah kerana anda telah pun menjadi ejen pengalir energi yang terbaik.


Ok, Reiki Tahap 1 ini dikatakan 'Untuk Diri Sendiri', jadi ianya hanya terhad untuk diri sendiri aje la?

Ohhh.. perlu juga diketahui bahawa anda juga mempunyai isteri dan anak (jika telah berkahwin) punya rumah, punya kenderaan, punya kerjaya, punya harta benda, punya ibu bapa, punya adik beradik dan kesemua itu adalah MILIK anda SENDIRI. Jadi, anda juga boleh melakukan rawatan untuk mereka, anda boleh juga mereikikan segala harta benda milik anda. Kata kuncinya adalah - MILIK SAYA SENDIRI. Tiada halangan dan had walaupun tahap 1.


Nah, inilah satu-satunya workshop Reiki yang TELUS & TRANSPARENT. Kami YAKIN, anda PASTI menjadi Pengamal Reiki Bertauliah dan Hebat lagi OWESOME!!

So... Tunggu apa lagi? Meh le daftar segera


0 Komentar Anda:

Catat Ulasan

Terima Kasih