Sememangnya setiap ciptaan Tuhan itu tidak sia-sia, kesemuanya mempunyai hikmah secara tersirat dan tersurat, kesemuanya mempunyai jawapan pada segala sudut, kesemuanya amat unik dan cantik. Warna juga adalah salah satu dari jutaan 'ciptaan' yang diciptakan oleh Tuhan.
Apakah yang dimaksudkan dengan WARNA?Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Sains warna juga dipanggil sebagai kromatik; termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya).
(Apabila melibatkan warna, sudah tentulah ianya akan melibatkan perserpsi penglihatan dan artikel ini cuma akan berkongsi perihal warna sahaja)
Begitu juga halnya dengan warna yang terdapat pada buah-buahan dan sayuran. Ianya bukan sekadar mencantikan buahan tersebut, malah ianya juga mempunyai cerita disebalik. Di dalam ilmu Bio-Energi Manusia, terdapat 7 chakra (pusat energi) yang diwakili oleh warna.
7 Chakra
Dasar : Merah
Sacral : Jingga
Solar Plexus : Kuning
Jantung : Hijau
Kerongkong : Biru
3rd Eye : Indigo
Mahkota : Ungu / Putih
Warna yang terdapat pada buah-buahan merupakan maklumat utama ibarat 'nama folder' yang didalamnya terdapat banyak 'fail' (khasiat) untuk chakra-chakra ini. 'Fail atau maklumat' ini merupakan energi yang diperlukan oleh pusat energi bagi memproses energi untuk kegunaan tubuh secara rohani dan jasmani.
Oleh itu, percayakah anda bahawa warna makanan yang anda pilih berperanan penting mengelak dari penyakit?
MERAH
Kata kunci
Merah : Lycopene, Bioflavonoids, Beta Karotin
JINGGA
‘Beta karotin’ yang terkandung di dalam makanan berwarna jingga meningkatkan kesihatan mata dan kulit. Antaranya adalah labu kuning, aprikot, lobak merah dan keledek. Mangga adalah sumber ‘beta karotin’ dan vitamin A yang dapat mencegah penyakit berjangkit dengan cara meningkatkan daya imuniti tubuh.
Kata kunciJingga : Beta karotin
JINGGA / KUNING
Buah-buahan ini tergolong juga di dalam kumpulan jingga serta kaya dengan ‘beta crytoxanthin’, sejenis anti-oksidan yang melindungi sel daripada kerosakan. Antara makanan kategori ini adalah limau (oren), betik, pic dan nenas. Betik mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding buah limau (oren).
Kata KunciJingga / Kuning : Beta crytoxanthin, Vitamin C
HIJAU
Bahan makanan berwarna hijau mempunyai bahan kimia semulajadi seperti ‘isothiocyanates’ yang dapat menghindari kanser – ianya terdapat pada bok choy, brokoli, kubis, bunga kubis dan sawi hijau, ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ yang dapat menghalang daripada terjadinya katarak – ianya terdapat pada jagung, timun (dengan kulitnya) kacang hijau, kacang buncis, pis hijau, cili benggala hijau atau kuning dan bayam.
Asparagus pula kaya dengan ‘folate’, ‘beta karotin’ dan ‘potassium’. ‘Folate’ amat penting untuk wanita hamil juga dapat mengawal ‘homocysteine’ yang dikaitkan dengan penyakit. Sayuran seperti salderi, daun kucai dan batang bawang besar pula kaya dengan ‘flavonoids’ yang dapat melindungi daripada terjadinya kerosakan sel.
Kata kunci : Isothiocyanates, Lutein, Zeaxanthin, Potassium, Phytochemicals, PectinUNGU / PUTIH
Makanan ini mengandungi ‘anthrocyanins’, sejenis anti-oksidan yang kuat dan dapat menurunkan risiko penyakit jantung serta angin ahmar dengan mencegah berlakunya penbekuan darah. Antara makanan dalam kumpulan ini adalah ceri, terung, plam, prun, anggur ungu atau merah raspeberi, epal merah, kubis ungu, pir merah dan strawberi.
Bawang Putih dan bawang besar mengandungi ‘allicin’ yang dapat mencegah pengumpulan plelet pada saluran darah di jantung yang boleh mengakibatkan serangan angin ahmar. Cendawan pula ada ‘selenium’ untuk menghentikan penghasilan ‘oestrogen’ dan mencegah kanser payudara di kalangan wanita yang sudah menopaus.Kata kunci : Anthrocyanins, Allicin, Selenium
Hebat sekali 'benda-benda' yang diciptakan oleh Tuhan ini... KAGUM!!









Nice article ;)
BalasPadam