
MANIPULASI ENERGI
Manusia dilahirkan dengan dikurniakan energi. Setiap seorang memiliki energi yang mencukupi untuk digunakan pada setiap hari. Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang memanfaatkan energi dengan cara yang benar tanpa melakukan ‘Pembaziran Energi’.
Ramai yang beranggapan bahawa energi hanya digunakan oleh tubuh badan semata-mata untuk melakukan pergerakkan fizikal seperti berlari dan bergerak, ternyata anggapan ini adalah kurang tepat sama sekali kerana energi juga turut digunakan ketika proses berfikir dan proses menghadam perasaan.
Kini terdapat pelbagai modul yang menyediakan langkah-langkah dan tatacara bagaimana hendak memaksimumkan penggunaan energi secara mampan. Seperti teknik kawalan minda, teknik pernafasan, teknik tenaga dalam dan pelbagai lagi yang mana kebanyakkan teknik-teknik tersebut diceduk dari satu sumber yang memiliki kesemuanya. Sumber tersebut adalah dari Reiki.
Reiki merupakan sejenis kaedah penyembuhan diri yang merupakan pilihan alternatif masa kini yang mana ianya telah pesat berkembang di dunia sekitar tahun 50’an dan di Malaysia sekitar awal 90’an dan kini Reiki telahpun diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai satu kaedah rawatan komplimentari.
Reiki menawarkan cara pengolahan dan penggunaan energi secara mampan yang paling efektif tanpa anda merasa penat dengan menggunakan energi alam dan tanpa bergantung harap pada energi dalaman. Di dalam Reiki, Energi Alam merupakan sumber bekalan Energi Utama yang tidak akan kehabisan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t untuk sekelian makhluknya. Jadi, mengapakah kita tidak menggunakan bekalan yang disediakan oleh Tuhan kepada kita?
Energi Alam ini yang digunakan oleh pengamal Reiki di dalam memanipulasikan energi untuk perkara yang memberi faedah.
“Apa yang anda fikirkan disitu akan dipusatkan seluruh energi” merupakan kata-kata yang cukup asas di dalam memahami gerak kerja Reiki. Ya, gerak kerja Reiki hanya memerlukan gabungan dan sinkronisasi antara Tubuh, Minda, Emosi dan Rohani lalu menghasilkan satu gelombang Energi yang memiliki daya kuasa yang hebat. Menggunakan energi secara bijaksana tanpa membazir adalah satu perkara yang cukup mudah sebenarnya.
Dengan meletakkan telapak tangan ke objek atau subjek, anda telah dapat mengalirkan & memindahkan Energi Alam dengan mudah. Proses ini tidak menggunakan energi dalam terdapat di dalam tubuh (yang telah diproses dari pengambilan makanan). Terus terang dikatakan bahawa perkara ini adalah amat mudah sekali.
Testimonial 1
”Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit”
Syukur pada ilahi kerana dipertemukan dengan Reiki 360°. Terima kasih pada sahabat saya yang memperkenalkan reiki. Semoga Allah s.w.t merahmatinya sekeluarga.Bagi saya reiki adalah suatu kaedah merawat masalah emosi atau jiwa yang paling berkesan. Masalah kehidupan yang pelbagai pastinya mengundang pelbagai penyakit ’zaman moden’ seperti depresi, diabetis, barah dll. Alhamdulillah, dengan keyakinan dan kepercayaan yang kuat kepada Allah yang Maha Pengasih, mengamalkan reiki secara istiqamah, terus mencuba, tak tahu bertanya, insya’allah, kita pasti dapat menyelesaikan masalah terkini, atau masalah yang sudah lama bersarang d hati.
Reiki amat membantu dikala kecemasan. Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit seperti demam, menderita sakit gigi, sakit kaki dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita ada satu kaedah rawatan kecemasan sementara menanti kehadiran doktor belum tiba.
Belajarlah reiki, sekurang-kurangnya kita boleh merawat diri sendiri.
Zaini Zainal
Testimonial 2
”Kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN”
Alhamdulillah. Syukur kerana saya ‘terpilih’ untuk menyertai Workshop Reiki 360° pada tahun lepas. Saya berminat dengan workshop ini kerana tag nya yang menjemput sesiapa yang kecewa dalam KERJAYA, KEWANGAN, PERNIAGAAN, KESIHATAN mahupun PERHUBUNGAN. Workshop ini menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah tersebut.
YA! saya memerlukan penyelesaiannya kerana saya salah seorang yang menghadapi beberapa masalah yang telah disebut di atas. Selepas mengamalkan reiki, perkara pertama yang saya dapat adalah petunjuk dalam isu perhubungan yang hampir 3 tahun yang saya cuba selesaikan. Satu persatu ‘jalan’ untuk saya di depan mata. Alhamdulillah.
Begitu juga dari segi kerjaya, kewangan dan perniagaan. Saya dapati banyak peluang yang datang kepada saya dan saya menerima peluang tersebut sebagai satu yang amat positif dalam hidup saya.
Secara tidak langsung, ilmu reiki yang telah saya belajar ini memberikan kesedaran kepada saya tentang kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN.
Siti Yuraida Binti Mohd Yusoff
Usahawan Unstoppableyuraidayusoff@gmail.com
Reiki dapat digunakan untuk semua perkara seperti mendapatkan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang stabil, keharmonian rumah tangga, malah juga untuk perniagaan.
Menggunakan Reiki untuk tujuan perniagaan juga merupakan antara punca yang menyebabkan ramai orang ingin memperlajari Reiki. Reiki memberikan satu Pakej Penyembuhan Lengkap kepada pengamalnya. Antara teknik-teknik yang menarik adalah seperti Teknik ‘Energy Transfer’ dan Teknik Reiki ‘Hands On’ yang mana ianya banyak membantu usahawan dalam menngembangkan perniagaan mereka. Perkara ini tidak dinafikan oleh testimonial dibawah ini :
Testimonial 3
"Reiki Untuk Perniagaan"
Saya, Puan Norashikin Mat Jana merupakan seorang usahawan MLM dan juga menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan. Sebelum ini saya sering mendengar beberapa sahabat saya yang bercerita tentang Reiki dan ini membuatkan saya berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang Reiki. Hasil pencarian di internet, saya medapat info tentang workshop Reiki yang diadakan oleh Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd.Dalam workshop ini saya belajar dengan lebih jelas tentang apa itu Reiki. Apabila telah faham tentang ilmu ini, saya mengamalkan teknik-teknik Reiki dalam kehidupan seharian dan perniagaan saya. Ilmu ini sangat berguna untuk saya kerana ianya dapat meimbangkan tindakan dan perasaan saya dalam membuat semua pekerjaan dan sebarang keputusan.
Menjalankan perniagaan sepenuh masa adakalanya membuatkan saya menjadi terlalu letih dan tertekan namun dengan ilmu yang saya pelajari, saya mampu memulihkan diri sendiri dengan melakukan meditasi dan segala ilmu yang telah diperturunkan. Ilmu ini bukan setakat untuk diri sendiri, bahkan saya juga mampu membantu keluarga dan sahabat terdekat dengan memberikan ‘energy’ kepada mereka.
Ilmu Reiki yang saya pelajari membuatkan saya lebih harmoni dan memahami prinsip kehidupan yang harus kita bawa dalam kehidupan setiap hari. Alhamdulillah, kini perniagaan saya dilimpahi rezeki yang mencurah-curah dan perniagaan saya semakin berkembang.
Norashikin Mat Jana
Usahawan Internet
Ekin Wellness
www.kedai2ekin.com / www.ekin.wellness.com
syikin72@gmail.com
Reiki menggalakkan pengamalnya menjadi INSAN BAIK dengan menerapkan prinsip-prinsip yang penuh dengan nilai murni seperti mengawal kemarahan, mengawal kerisauan, sentiasa bersyukur, sentiasa jujur dan berbuat baik kepada setiap makhluk. Dengan menerapkan nilai murni yang ada pada prinsip ini maka seorang pengamal Reiki itu tidak akan mempunyai sebarang masalah didalam menghadapi dunia moden yang kian mencabar ini.

Tarikh : 19 November 2011
Tempat : Seksyen 9, Shah Alam
Masa : 9 pagi - 5 petang
Yuran : RM 560
HUBUNGI : 017-333 2349 / 017-300 2349
0 Komentar Anda:
Catat Ulasan
Terima Kasih