Ahad, 15 Mei 2011, saya didatangi oleh pelanggan yang membawa anaknya untuk melakukan pemeriksaan aura, dengan tujuan untuk mengenal pasti beberapa perkara seperti 'mengapa si anak ini begini dan begitu' (maklumat sebenar tidak dapat diterangkan kerana ianya adalah maklumat sulit)
Si anak berumur dalam 24 tahun. Setelah mendapatkan sedikit maklumat daripada ibunya, maka saya memulakan proses diagnosis. Proses itu memerlukan seseorang meletakkan tangan kiri ke alat pengesan aura. Malangnya, aura si anak itu tidak dapat dibaca dan ini berlaku sehingga kali ketiga si anak meletakkan tangan. Biasanya jika perkara ini berlaku ini menunjukkan bahawa energi dalaman si anak tidak mengalir dengan baik.
Andaian saya tepat kerana setelah melakukan beberapa senaman tangan yang ringkas, barulah aura si anak dapat dibaca. Si anak memiliki aura yang berwarna putih yang dikelilingi oleh aura yang berwarna indigo serta violet.
Umur 24 tahun dan memiliki aura yang tersangat sejuk?
(Dalam kes sebegini ini menunjukkan kondisi ekstrem yang mana tidak sepatutya berlaku pada seseorang yang berumur 24 tahun, lainlah jika si anak itu berumur 42 tahun.)
Tidak cukup setakat itu, saiz auranya hanya 40% dan begitu juga purata keseluruhan energi dalamannya hanya 40%. Teramat lemah keluh saya didalam hati. Saya menerangkan kondisi keadaannya dari sudut energi dan perlahan-lahan dia mula menceritakan perkara-perkara yang berlaku kepadanya dalam masa terdekat sekitar 1 bulan kebelakangan ini.
Berdasarkan bacaan auranya, dia mengalami stres yang amat berat dan stres tersebut mengganggu aliran energi dalamannya lalu membentuk 'energy blockage' pada chakra-chakra dalam badannya. Dalam masa yang sama terdapat 'konflik jiwa' serta penggunaan energi yang berlebihan sedangkan purata energi hanya 40%, dan ini menambahkan lagi impak negatif yang dihadapinya.
Lalu saya memberikan beberapa nasihat serta solusi yang sesuai untuk situasinya saat ini seperti melakukan senaman 3 kali seminggu selama 1 jam setiap sesi. Ini bertujuan untuk menstabilkan kembali energi panas yang didapati amat kurang serta sebagai terapi untuk menjadikan tubuh segar. Tubuh manusia memerlukan energi panas dan sejuk dan energi ini pula perlulah berada pada tahap ideal iaitu seimbang, tidak terlebih serta tidak terkurang. Juga dengan mengambil E-Booster untuk memantapkan lagi kadar energi di dalam badan. Juga tidak ketinggalan tip-tip senaman pernafasan bertujuan untuk membantu mengekalkan ritma sirkadian takala menghadapi stres yang teramat pada waktu-waktu tertentu.
Secara ringkas dari bacaan aura ini menunjukkan keadaan yang amat tidak cocok untuk seseorang yang berumur 24 tahun.
Kenapakah si anak yang berumur 24 tahun ini memiliki aura yang hanya dimiliki oleh warga emas? Apakah yang berlaku sebenarnya?
Di dalam ilmu energi, perkara tersebut tidaklah mustahil kerana energi sentiasa bergerak, ia tidak akan berhenti kerana ia saling menolak antara satu sama lain. Setiap sel di dalam tubuh manusia memerlukan energi untuk bergerak. Tanpa energi yang cukup sel tidak dapat bekerja secara sempurna dan ini akan mengakibatkan pelbagai masalah pada tubuh untuk kesan jangkamasa panjang.
Oleh itu, gaya hidup yang sihat, pemakanan yang teratur mengikut jadual, rehat yang secukupnya serta suasana persekitaran amat memainkan peranan. Ini kerana manusia dan alam saling berinterakasi pada peringkat energi, berlaku proses 'give & take'.
Berdasarkan pada kes ini, ianya menunjukkan bahawa kita pada zaman ini tidak terlepas dari dari pelbagai ancaman yang boleh menyebabkan stres yang berlebihan. Kita berada pada zaman amat mengancam dan kita juga perlu untuk menyediakan diri dengan solusi-solusi yang sesuai dengan faktor persekitaran yang amat mencabar.
p/s : Adakan kawan yang berkata ayahnya dah bertahun guna handphone tetapi tiada pun terkena kanser pada sel ataupun tanda-tanda terkena radiasi.
Perkara ini sama seperti seseorang yang setiap hari mangambil gula dalam kadar yang berlebihan dan tidak akan mendapat penyakit kencing manis dengan segera.
Penyakit akan terzahir apabila tiba waktunya iaitu mencapai tahap matang dalam menjadi sesuatu penyakit. Pada masa ini ianya telah terlambat. 'Potong atau buang' adalah antara saranan yang akan diterima dari seorang Doktor.
<< Master Luthfi >>

0 Komentar Anda:
Catat Ulasan
Terima Kasih