05 Mei 2011

Bercuti Sambil Jadi POWER!!


KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM

Acara tahunan yang UNIK dan WAJIB untuk anda sertai. Alami serta rasai PERJALANAN / KEMBARA energi secara ‘LIVE’ selama 3 hari 2 malam dengan pengisian yang amat bermanfaat yang PASTI tidak akan anda lupakan! Pengijazahan Nur Reiki Salam & ‘Energy Tapping’ di lokasi terpilih adalah antara pengisian ISTIMEWA yang akan terdapat pada kembara ini. Ayuh semua, kita ‘Retreat, Recharge & Relief’ bersama Program Kembara Energi Nur Reiki Salam.


MENGAPA LANGKAWI?

Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya . Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian ‘stalaktit’ dan ‘stlagmit’ menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengaksyikkan. Terdapat beberapa lokasi pulau di Langkawi yang dikatakan mempunyai ENERGI-ENERGI ISTIMEWA yang boleh ‘di-tap’, serta mampu untuk merangsang ENERGI seseorang.


XPDC JELAJAH PULAU

Anda akan dibawa ke 9 LOKASI RAHSIA yang mempunyai ENERGI yang amat HEBAT. Pengalaman istimewa ini pasti tidak akan anda lupakan! XPDC ini akan diisi dengan pengisian ‘ENERGY TAPPING’.

TAP energi SIHAT
TAP energi REZEKI
TAP energi KARISMA


FENOMENA ALAM dan TIGA KUNCI

Seperti program kembara nur reiki salam sebelum ini, fenomena alam merupakan KUNCI PERTAMA kepada perlaksaan program seumpamanya. Rahsia ini dipraktikkan demi untuk MEMASTIKAN kualiti energi semasa sesi Pengijazahan Reiki dan sesi ‘Energy Tapping’. Fenomena alam pada kali ini adalah pada GERHANA MATAHARI dan GERHANA BULAN.

Pemilihan tarikh adalah KUNCI KEDUA yang mana dipilih berdasarkan kiraan Numerologi + Falaq. “Terdapat keistimewaan pada tarikh 24-26 Jun 2011 kerana tarikh tersebut adalah dimana tarikh diapit oleh fenomena gerhana matahari dan bulan.”

Secara falaq, fenomena paralel antara bumi, matahari dan bulan akan menghasilkan energi luarbiasa bagi membuka chakra pada tahap maksimum dengan :

TEKNIK yang TEPAT
TEMPAT yang TEPAT
MASA yang TEPAT
SESI yang TEPAT

KETEPATAN adalah KUNCI KETIGA yang mana ianya adalah PELUANG yang hanya datang SEKALI sahaja.


TINGKAT ENERGI TAHAP 6

Reiki adalah ilmu mengenai ENERGI. Seperti perkara-perkara lain, energi juga turut dikategorikan secara berperingkat. Hal ini dikenali sebagai ‘Band of Energy’. Nur Reiki Salam turut mempunyai INTIPATI yang sama seperti SUFI REIKI dan ianya telahpun dipermudahkan untuk dipelajari oleh setiap lapisan umur tanpa sebarang pantang larang dan boleh dipelajari oleh seseorang yang tidak mendapatkan sebarang bentuk pengijazahan reiki sebelum ini. Kepada yang telah mempunyai asas dalam ilmu reiki pula, hal ini merupakan satu pengalaman yang istimewa kerana anda telah melalui tingat energi secara ‘dalaman’.

‘Band of Energy’

Tingkat 1 hingga 3 : Reiki Usui
Tingkat 4 : Karuna Ki
Tingkat 5 : Reiki Imara
Tingkat 6 : Nur Reiki Salam / Sufi Reiki


MENGAPA NUR REIKI SALAM?

Nur Reiki Salam merupakan ijtihad Dr. Mir Hazil Azran Ramli di dalam memperkenalkan Reiki Sufistik kepada masyarakat malaysia khususnya. Secara falsafah, Nur Reiki Salam membawa konsep ‘CAHAYA DI DALAM CAHAYA’ yang mana cahaya atau nur ini mempunyai frekuensi yang lebih laju dan lebih tinggi dari bunyi serta objek material. Secara pratikal, Nur Reiki Salam tidak menggunakan sebarang simbol untuk aktivasi tetapi tetap mempunyai ‘aksi simbolik’ untuk aktivasi energi tersebut. Dengan memiliki Pengijazahan Nur Reiki Salam, chakra serta kesedaran rohani akan menjadi lebih aktif, chakra serta kesedaran dunia juga akan menjadi lebh aktif, lalu akan menyebabkan berlakunya keseimbangan pada energi dalaman ; proses ini berlaku pada tahap energi.

______________________________________________________________________

Siapa yang sesuai untuk sertai?

Program ini TERBUKA untuk semua.. baik yang mempunyai asas dalam Reiki mahupun yang tiada asas. Kami yakin bahawa semua orang BERHAK untuk mendapat yang terbaik. Tiada lagi gundah… semuanya INDAH!!

Ayuh semua, dapatkan KUASA dengan TEKNIK yang TEPAT, pada TEMPAT yang TEPAT, di MASA yang TEPAT dan didalam SESI yang TEPAT!

INFOLINE : 017-333 2349 / 017-300 2349

Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2011

0 Komentar Anda:

Catat Ulasan

Terima Kasih