05 April 2011

Teknik-Teknik Reiki (Reiki-no-Jutsu) - Part 1

Seperti yang dimaklumkan selama ini, reiki adalah satu seni yang dilengkapkan dengan pelbagai teknik yang amat hebat. Ada macam-macam teknik. Kesemua teknik ini akan dipelajari pada tahap-tahap tertentu. Mari kita berkenalan dengan sebahagian dari teknik-teknik tersebut.


1) Teknik 'Hands On'
Teknik ini memerlukan pengamal meletakkan telapak tangan pada bahagian tubuh / objek yg hendak dirawat atau dipertingkatkan energinya. Ini adalah cara melakukan penyembuhan secara jarak dekat.

Tujuan :
  • Penyembuhan Holistik - Teknik Utama dalam reiki
Kegunaan :
  • Guna pada setiap masa sewaktu melakukan penyembuhan diri
Dipelajari pada :
  • Tahap 1




2) Teknik Kirim Energi (Energy Transfer)
Teknik ini juga boleh digunakan untuk 'Penyembuhan Jarak Jauh'.

Tujuan :
  • Penyembuhan Holistik yang melangkaui jarak tempat, waktu dan dimesi
Kegunaan :
  • Jika pesakit / seseorang yang berhajat itu berada di tempat yang jauh dan boleh dilakukan pada bila-bila masa
Dipelajari pada :
  • Tahap 1 (teknik asas)
  • Tahap 2 (teknik lanjutan)
  • Tahap Lanjutan (teknik master - Mengirim Energi untuk diri sendiri)
Teknik ini memerlukan surrogate ataupun tanpa surrogate (mengikut tahap kemahiran)




3) Teknik 'Scanning'

Teknik ini digunakan untuk mengenal pasti 'kedudukan' punca permasalahan atau 'kedudukan' sesuatu objek. Teknik ini juga akan pelajari pada setiap tahap (Tahap 1, Tahap 2 & Tahap Lanjutan kecuali Tahap Master). Setiap tahap mempunyai perbezaan dari segi teknik. Perkara ini adalah demi untuk menjaga 'Scanning Quality' kerana ianya memakan sedikit masa untuk dikuasai.

Tujuan :
  • Memudahkan pengamal untuk mengesan permasalahan
Kegunaan :
  • Guna pada setiap masa
Dipelajari pada :
  • Tahap 1 - Mendapatkan / mengenali 'rasa' Energi
  • Tahap 2 - Mengesan 'kedudukan' secara jarak jauh (melangkaui hukum masa, dimensi dan tempat)
  • Tahap Lanjutan - Teknik Metaphysic Scanning : Teknik yang jauh lebih hebat berbanding sebelumnya (tetapi masih menggunakan telapak tangan)
  • Tahap Karuna - Teknik Heart Scanning : Teknik yang jauh lebih hebat berbanding sebelumnya tanpa menggunakan telapak tangan



4) Teknik 'Psychic Surgery'
Teknik ini merupakan teknik yang cukup unik kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses pembersihan ketika melakukan penyembuhan. Teknik ini disertakan dengan cara 'membuka dan menutup'.

Tujuan :
  • Mengeluarkan energi kotor kategori L1, L2, L3 dan L4
  • Mempercepatkan proses penyembuhan
Kegunaan :
  • Digunakan sewaktu melakukan proses penyembuhan (mengikut jenis permasalahan)
Dipelajari pada :
  • Tahap Lanjutan


5) Teknik 'Cloning'
Teknik ini merupakan teknik KHAS yang digunakan untuk menangani isu saka ataupun isu-isu metafizik jenis berat (gangguan makhluk halus).

Tujuan :
  • Untuk menangani isu gangguan makhluk halus
Kegunaan :
  • Digunakan apabila perlu sahaja
Dipelajari pada :
  • Tahap Lanjutan


6) Teknik 'Healing Attunement'

Teknik ini akan digunakan sewaktu melakukan proses penyembuhan. Teknik ini hanya dimiliki oleh Reiki Master sahaja.

Tujuan :
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan
  • Membantu melancarkan aliran energi di dalam jaluran kundalini
  • Menyelaras semula chakra
Kegunaan :
  • Bergantung pada jenis permasalahan
Dipelajari pada :
  • Tahap Master


Seperti biasa, kesemua teknik ini memerlukan latihan yang bersungguh untuk mendapatkan hasil yang mantap. Tuhan tidak akan membantu orang yang malas.

Ikuti sambungan untuk teknik-teknik yang lain..

0 Komentar Anda:

Catat Ulasan

Terima Kasih