21 Mei 2009

Muhasabah Diri Menggunakan Analisis Numerologi

Salah satu amalan atau kaedah untuk membuat semakan diri adalah dengan bermuhasabah. Muhasabah diri biasanya dilakukan pada waktu malam dimana seseorang itu akan mengingati kembali perilaku, tindakan dan hasilnya sepanjang hari. Ianya biasanya dilakukan sebelum tidur.


Diantara 4 Formula Kejayaan Aura Rohaniah adalah dengan muhasabah diri. Terdapat pelbagai kaedah yang telah dibangunkan dewasa ini yang hanya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran yang pelbagai tingkatan ini. Tahukah anda bahawa kita boleh mewarnai sesi muhasabah diri itu agar menjadi lebih segar dan memberi kesan yang lama pada diri?


Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah Numerologi. Pendekatan numerik ini akan membantu meningkatkan kesedaran dari satu sudut pandangan dimensi baru. Kaedah dapat meluaskan lagi skop jangkauan analisis tingkahlaku ketika melakukan muhasabah. Dengan meneliti makna simbolik disebalik nombor dapat membantu menemukan titik pemisah di antara perilaku dalam kawalan dan perilaku luar kawalan. Ianya seperti menghurai satu-persatu kod misteri ilmu nombor.


Merenung jauh (kekuatan minda bawah sedar ~ kekuatan memori) serta manghayati (kekuatan perasaan atau emosi) makna simbolik nombor dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesedaran dan memicu KECERDASAN ROHANI.



“Nombor adalah KUNCI. Ia mampu membuka pintu segala punca permasalahan. Ianya akan menemukan jawapan yang dicari.”


Teknik analisis numerologi ini merupakan teknik yang menekan aspek teknikal yang sangat tinggi. Gerak kerja analisis juga akan berlaku dalam keadaan yang cukup terperinci. Dengan itu, sesi muhasabah akan menjadi lebih menarik dan segar.


Melihat diri dari sudut yang berbeza mampu untuk menjadikan seseorang itu MENEMUI kekuatan ~ KHAZANAH yang tersembunyi, malah akan terlihat juga kelemahan dan keburukan diri. Hal ini akan ditemui secara serentak. Sikap Muthmainah atau tenang diperlukan dalam mengimbangi gerakan tenaga atau Chi dalam tubuh.


Tujuan muhasabah ialah untuk memperbaiki diri dan gabungan teknik numerologi ini hanya untuk membantu anda melihat sesuatu perkara dari sudut yang berlainan dan secara keseluruhan Ianya seperti 4 arah mata angin, 4 tingkat ilmu, ialah melambangkan sesuatu yang lengkap. Banyak perkara yang boleh ‘dibaca’ hanya berdasarkan nombor semata-mata. Keunikan kaedah ini ialah terletak pada hasil analisis yang pasti berbeza untuk setiap hari.


“Ini membawa maksud bahawa setiap hari itu mempunyai petunjuk yang TERANG. Ianya seperti ‘signboard’ dijalanraya. Ianya MAMPU diakses oleh mereka yang memahaminya.”


Dibawah adalah perkongsian cara saya melaku muhasabah diri pada setiap malam dengan menggunakan analisis numerologi.


Mula-mula…


  • Kira numerologi diri. Contohnya 19/1/1982

1 + 9 + 1 + 1 + 9 + 8 + 2 = 31

3 + 1 = 4


  • Kira numerologi hari. Contohnya 19/5/2009

1 + 9 + 5 + 2 + 9 = 26

2 + 6 = 8


  • Dapatkan kesesuaian Nombor Dir dengan Nombor Utama hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah…


  • Lihat unsur & nombor kekuatan diri diri dan lihat unsur & nombor kekuatan, kawalan dan sokongan untuk hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dah muhasabah….


  • Lihat unsur & nombor kelemahan diri dan lihat unsur & nombor kelemahan, halangan dan tekanan untuk hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah…


  • Lakukan kiraan yang sama untuk hari esok dan ulang gerak kerja analisis seperti di atas.


Dengan melakukan analisis yang sederhana sudah cukup untuk anda mendapatkan GAMBARAN dalam minda dan ianya seperti DIULANG TAYANGKAN kepada anda. Tujuan muhasabah diri anda akan melonjak ke tingkat yang seterusnya. Kesedaran dan kecerdasan rohani anda akan mengalami pencerahan. Anda akan mengalami TRANSFORMASI HIJRAH DIRI. Anda akan bertambah BERSYUKUR kerana Tuhan masih lagi memberi petunjuk agar anda mampu mengharungi kehidupan. Anda akan dapati bahawa hari-hari esoknya telah disediakan untuk DICORAK serta DIWARNAI oleh Anda.






Pendek kata, KREATIVITI adalah KU NCI...


Kreativiti = 7

7 membawa maksud KEAJAIBAN

7 merupakan ENERGI yang mengalir (Air)

7 membawa maksud kepada tahap tingkatan & lapisan (7 c hakra, 7 pelata langit dan bumi, 7 tingkat nafs)

Renung-renunglah...




______________________________________________________


Lutfi