13 Jun 2008

KATA-KATA PUJIAN

Komunikasi amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan berkembangnya teknologi komunikasi, ianya telah merapatkan lagi pelbagai jurang sosial. Teknologi-teknologi ini telah digunapakai secara meluas caragaya penggunaannya. Asasnya, hanya untuk mempermudahkan penggunanya saling berhubung serta berkomunikasi antara satu sama lain.


Setiap kali kita berhubung dengan seseorang, kita tidak hanya berhubung secara lisan tanpa perasaan, malah setiap patah perkataan yang dituturkan mengambarkan perasaan seterusnya dibantu oleh memek muka, bahasa tubuh serta gerak mata.

Dalam berkomunikasi,menjadi pendengar terbaik adalah diantara kunci untuk merapatkan jurang sosial diantara seseorang individu kepada individu yang lain. Ini kerana , walau pendiam manapun seseorang itu, dia tetap mempunyai minat untuk berbicara dan apatah lagi pada seseorang yang gemar berbual, sudah semestinya memerlukan pendengar dan pendengar terbaik adalah mereka yang telah disenaraikan oleh kita sebagai orang yang rapat. Cuba perhatikan teman-teman rapat anda, pasti mereka mempunyai sifat-sifat seorang pendengar yang terbaik.

Jika seseorang itu dilanda sebarang masalah baik yang kecil atau besar, teman yang dicarinya dahulu adalah pendengar terbaik, hanya untuk meluahkan apa yang sedang menggangu fikirannya ataupun menceritakan tentang idea baru yang timbul. Untuk menjadi pendengar yang terbaik, kita tidak semestinya perlu membantu untuk menyelesaikan masalah teman kita itu, tetapi cukup sekadar mendengar dan mengulas semula luahan mereka.


Dalam merapatkan serta memantapkan segala jurang komunikasi, peranan kata-kata pujian juga memberikan sumbangan terbesar dalam kehidupan bermasyarakat. Akan tetapi, ramai yang berasa agak 'janggal atau kedekut' dalam melafazkan kata-kata pujian, mungkin kerana terdapat banyak dogma tentang larangan memuji kebaikan seseorang itu. Tidak dapat dipastikan pula dari kitab, mazhab atau fahaman mana yang menyentuh fasal 'berhati-hatilah ketika memuji'. Apa yang pasti adalah elakkan memuji secara berlebih-lebihan kerana ia akan membuatkan seseorang itu lupa diri. Akantetapi, hanya disebabkan oleh perkara itu, terdapat pula segelintir individu berasa kekok untuk memuji malah tidak lokek pula untuk menyindir. Wah... terbalik pula jadinya..


Kita boleh lihat pula kesan pada pengambilan gula secara berlebihan dalam pemakanan... sebagai contoh alternatif dalam mengamalkan hidup secara serderhana lagi seimbang.

Ketika berkomunikasi, memuji seseorang dapat merapatkan silaturrahim. Dapat menambah kenalan seterusnya dapat dijadikan kawan seterusnya dapat mencipta jambatan diantara kelompok dan inilah yang dinamakan jaringan komunikasi.

Oleh itu, jangan lokek untuk melafazkan kata-kata pujian. Tidak rugi untuk berbuat demikian bahkan amat menguntungkan kerana ketika memuji seseorang itu kita menuturkan perkataan yang positif. Jangan lupa bahawa telinga kita turut mendengar dan khasiat kata-kata pujian itu membalik kepada kita.



Elakkan dari berkata " Ya " atau " Boleh " kepada perkara yang negatif.




LUTHFIKIR