Langgan artikel Luthfikir. Sila masukkan E-mail anda:


01 April 2008

Pengaruh EMOSI dalam kehidupan seharian.

Kembali lagi saya untuk artikel seterusnya yang mana ianya masih lagi berkisar mengenai corak kehidupan kita seharian, masyarakat sekeliling kita dan jika kita mahu, boleh sahaja kita melihat panorama masyarakat dunia. Semuanya dihujung jari anda.

Rata-rata, jika kita kerap melakukan tinjauan, kita akan mendapati masih terdapat lagi mereka-mereka yang " agak kurang sedar " akan betapa pentingnya menjaga kebersihan persekitaran dan alam sekitar. Perlulah diketahui bahawa alam ini turut bertindak balas diatas setiap perbuatan kita dalam bentuk pelbagai cara. Disetengah tempat kita mendapati sistem saliran seringkali tersumbat. Anehnya, purata majoriti yang " salah faham " tentang fungsi longkang ini masih amat tinggi !!!

Kendati, ( walaubagaimanapun ) bukan menjadi hasrat saya untuk berceloteh perihal longkang tersumbat, tetapi ingin mengaitkan perkara itu dengan Kecerdasan Emosi ( EQ ).

Ya, disamping kita mengembangkan tahap IQ masing-masing, kita juga harus turut sama mengembangkan tahap keupayaan EQ dalam mengimbangi corak tingkahlaku serta pemikiran kita. Kerjasama diantara kedua-dua kecerdasan ini amat dititikberatkan sama sekali.

Malah, perihal emosi ini sememangnya amat memerlukan perhatian. Ini kerana dengan kegagalan mengawal emosi, ( emosi terganggu atau tidak terkendali ) ianya mampu mempengaruhi pemikiran sedar dan tahap intelektualiti, lalu menyebabkan situasi atau fenomena " marah atau tertekan tak tentu pasal " dan berkemungkinan besar akan bertindak diluar norma rasional.

Dengan kerjasama yang baik antara kecerdasan-kecerdasan ini, maka seseorang itu secara teorinya dapat bertindak diatas sifat peri kemanusiaan. Kecerdasan yang saya maksudkan ini adalah gabungan diantara 4 Kecerdasan yakni
  1. Kecerdasan Fizikal ( FQ )
  2. Kecerdasan Intelektaul ( IQ )
  3. Kecerdasan Emosi ( EQ )
  4. Kecerdasan Ruhani ( SQ )
Dibawah saya serta sedikit kandungan artikel dari blog Coach Amar -

Kecerdasan fizikal atau jasmani adalah kecerdasan yang berkaitan dengan tubuh fizikal diri kita sebaga seorang individu. Ia merangkumi kesihatan dan kesempurnaan tubuh dalam kita menghadapi kehidupan setiap hari. Tubuh yang cerdas sangat penting untuk mencapai kejayaan, kekayaan apatah lagi kemakmuran. Kepentingan elemen ini sudah dibangunkan semenjak manusia zaman purba lagi. Kerana itu adalah zaman “siapa yang sihat dan kuat maka, dia yang dihormati, dipatuti dan menguasai.”

Klik disini untuk baca selebihnya mengenai perihal 4 kecerdasan yang dimaksudkan.

Kita dapat melihat pelbagai perasaan positif ( gembira, tersenyum riang ) yang terpancar dari wajah mereka yang berjaya mengawal emosi. Malah, mereka yang berada disekitar akan turut terpengaruh. Begitu kuatnya tarikan emosi dalam kehidupan manusia.

Terdapat pelbagai keadah untuk mengawal emosi ini sebenarnya dan ia juga amat bercorak subjektif serta universal. Contoh yang paling asas adalah mencipta satu situasi baru yang lebih ceria * atau suasana yang berkeupayaan mewujudkan ketenangan atau mengadulah kepada tuhan.

Empati ( Empathy ) membawa maksud kepada " kebolehan meletakkan diri dalam kedudukan orang lain. " Dalam ertikata lainnya ianya berupa kebolehan memahami situasi atau diri seseorang pada masa-masa tertentu dan sebagai contohnya memahami tahap emosi seseorang, tahap kesihatan dan apa yang bermain difikiran, mengambil berat, menyayangi alam sekitar dan lain-lain.

Sikap ini mampu membuatkan kita disenangi oleh rakan dan lawan serta orang yang baru sesaat kita ketemu. Seperti biasa, jika sifat ini sengaja " dilakonkan ", ianya akan terpancar diwajah. Jadi ianya amat disarankan untuk tidak sengaja dilakonkan tetapi lakukan serta lahirkan sikap empati ini secara jujur dari hati. Ianya berkait dengan tahap kecerdasan emosi dan ruhani.

Sikap empati ini amat praktikal sekali untuk memantapkan kecerdasan emosi, tapi sebelum itu haruslah tahu cara-cara menguruskan emosi terlebih dahulu serta apakah itu emosi ????....


* Ada yang tidak setuju kerana beranggapan ianya bercorak hippokrit. Persoalannya, adakah kita mahu "duduk" dalam emosi yang terganggu atau "keluar" dari cengkaman emosi negatif ini ?



LUTHFIKIR


4 Komentar Anda:

Tanpa Nama berkata...

Rass berkata..
Salam Luth,
Satu perkongsian yg baik tntg artikel emosi ini. Memang unik dan misteri emosi ini. Lebih banyak sy cuba memahami dan terokai nya. Semakin sedar betapa kita terlalu ambil ringan dan remeh perihal emosi ini. Nak cerita disini tak mungkin terlalu panjang nanti. Baiklah terima kasih sekali lagi.

Luth berkata...

Ya, memang panjang jika nak cerita perihal emosi ni Rass. Sebab tu lah saya cuma ceritakan sedikit demi sedikit sahaja.

Lepas ini akan lebih banyak lagi perkongsian perihal emosi.

Terima kasih diatas lontaran komentar anda. :)

Fatimah Az Zahra berkata...

mari belajar MENGURUS EMOSI di KAMK Siri 4

rembulan berkata...

emotion..,)

life isn't wonderfull or great without mixing all of it..btul x luth?

love reading your blog uhuhuh

inspiring =p