Cinta....
Merupakan sesuatu yang amat dibutuhkan oleh setiap mahkluk didunia ini.
Cinta....
Sesuatu yang sukar diterjemahkan sepenuhnya dalam bentuk kata-kata. Jika kita berada didalamnya maka akan terlihatlah akan segala-galanya yang terhebat mengenai cinta.
Cinta itu lambang kesucian, malah ada yang mengatakan kesatuan.
Cinta itu unik,
Cinta itu agung.
Cinta bukanlah stuktur luaran kepada sesuatu perasaan tetapi cinta itu sendiri adalah perasaan. Jika ianya perasaan sudah pasti ianya harus terbit dari lubuk hati terdalam. Ianya bukan sesuatu yang boleh direkacipta.
Ia harus datang secara alami,
Ia harus terpancar,
Ia adalah getaran.
Secara harfiahnya ia harus dimulai dalam bentuk ruh, kemudian jasad.
Jiwa, hati, qalbu, atau lubuk hati terdalam merupakan alat utama yang berkeupayaan menjana serta menerbitkan cinta serta berkeupayaan tinggi menangkap isyarat cinta. " Dari mata turun kehati " merupakan hal yang kemudian. Secara harfiah ianya ibarat mencurahkan minyak keatas api. Minyak itu adalah mata dan api itu adalah hati. Cinta yang terbit dilubuk hati terdalam akan terus membara dan membakar.
Mata melihat wajah cinta,
Telinga mendengar bisikan cinta,
Hidung menghidu haruman cinta,
Mulut menutur kata-kata cinta,
Tangan mendakap cinta itu sendiri.
Kehebatan cinta ini hanya dapat difahami sepenuhnya hanya dengan menjadi cinta itu sendiri. Benar kata orang, cinta itu tidak boleh dipaksa, ia lahir didalam hati...
" Diriku hilang dalam cinta......cinta alam Maya...."




7 Komentar Anda:
perghh.. memang mcm sang pujangga berkata pasal cinta... keh keh
Rass berkata
Salam Luth,
Cinta ini sememangnya penuh misteri kerna nya kita bahagia dan juga duka. Ada berkata cinta yg sebenar hanya pd Maha Pencipta selain dari itu hanya temberang atau palsu. Kalau sudah cinta pd Maha Pencipta lain akan dtg dgn sendiri. Ini utk mereka yg mengerti, sy lagi mencari mana salah nya cinta. Hairan saya kalau benar cinta kenapa sanggup berpisah suka duka kerna sebuah cinta yg tak mau di mengerti erti sebenar. Sorry Luth terlajak sikit gara2 lihat pentas sandiwara dunia, manusia pelakon nya. Terima kasih kongsi penulisan artikel ini.
sekiranya engkau tahu apa itu CINTA dan engkau mempercayainya dengan sedalam-dalamnya,tidak kira CINTA kepada angkubah mana sekalipun,engkau hanya perlu persiapkan diri dengan dengan memikirkan apakah yang engkau mampu berikan kepada CINTA itu...
pehhh, best ar ur blog but ayat mmg penah blaja bahasa melayu tinggi, nway i akan jadi peminat blog u pasni, nway cite psl cinta ni, manusia bleh gila or lupa diri kerana cinta tapi cinta kepada tuhan sentiasa dpersenda oleh manusia kerana bila dah ade kesusahan baru ingat cintanya tuhan, for me i syukur cinta kepada tuhan masih ada lagi dlm diri...
Kepada afiq,
Sang pujangga? Salah tu, tapi Kumbang Suci lah... Hahaha !
Kepada Rass dan Alia,
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang tidak seberapa ini. Sahaja meneroka pasal cinta ni. Sesekali tukar topik apalah salahnya.
Kepada tanpa nama,
Saya faham apa yang anda maksudkan, cuma berterus-teranglah pasal nama ya....
Terima kasih.
hmm..kumbang suci..bila nak anta blog kat antropologi???
asyik rem je,p
i agree with alia_bayis..,)
Antropologi ??
Akan datang !!!!
Hahaha..
Catat Ulasan