Langgan artikel Luthfikir. Sila masukkan E-mail anda:


22 Januari 2008

KA-MK : FUH !!!! MEMANG BEST !!!!!!!

Maaf kerana saya agak terlambat sedikit mengemaskinikan artikel didalam blog ini. Kepala ini masih terngiyang-ngiyang isi kursus...

Pertama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2 orang coach yang cukup hebat alaf ini buatan MALAYA iaitu Coach Hazil Azran dan Coach Amar Mahmud diatas didikan ilmu yang diberi kepada semua yang menghadiri bengkel KERAMAT ini. Bengkel ape ???? Dah tentulah bengkel KERAMAT 19 iaitu bengkel KA-MK !!!!!!!!!! ( 19hb 1 adalah hari lahir saya... )

Kedua dan seterusnya kepada para peserta bengkel yang sentiasa bersemangat enthusias serta ceria sokmo dan juga kepada pihak IQBC kerana telah menyediakan kemudahan untuk keselesaan para peserta.

PADAT, TEPAT dan SARAT. Itulah ungkapan luahan gambaran dan perasaan pengisian kursus yang berlangsung selama 2 hari yang mana penuh dengan kupasan teori serta praktikal berkenaan MINDA, AURA dan juga metodologi baru gabungan REI KI, NLP, ESQ dan EFT yang dikenali sebagai R`ESQ 56.

Teori tentang kuasa aura dikupas oleh Coach Hazil secara ilmiah dan penuh gaya serta tepat seperti apa itu aura dan hubung kaitnya dengan kehidupan seharian, fungsi aura, tahap-tahap chakra serta fungsi dan pengaruhnya terhadap manusia, warna aura dan potensi diri dan BANYAK LAGI......

Teori tentang sains minda dan kuasa minda juga dikupas oleh Coach Amar secara ilmiah dan juga penuh gaya serta turut menyentuh aspek-aspek yang sering diabaikan dalam perihal minda yakni SISTEM KEPERCAYAAN. Juga turut menghuraikan teknik-teknik yang popular dari aliran ini seperti affirmasi dan visualisasi serta beberapa lagi teknik seperting mirroring, kuasa penulisan dan pengulangan serta teknik vision board.

Bengkel ini juga turut menyentuh perihal hukum alam @ universal law serta kaitan kehidupan manusia yang merupakan sebahagian dari eko-sistem alam ini.

Dan....Dan untuk pertama kali seumpamanya di MALAYA ini, kami - para peserta siri-1 telah mempelajari teori serta praktikal R`ESQ 56 yang mana merupakan 1 kaedah baru dalam yang merangkumi semua aspek baik dari segi minda, emosi, fizikal dan rohani.. Pasrah.....

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa itu R`ESQ 56... SAYA mengesyorkan agar ANDA menjadi peserta siri-2 yang akan dijalan pada bulan Feb. Anda juga boleh melayari R`ESQ 56 ini untuk maklumat lanjut, tetapi....cuma sedikit sahaja info yang akan anda dapat. Kenapa ? Nak tahu kenapa ? ............... Ada BAIKnya anda menjadi PESERTA ....


Luth.


3 Komentar Anda:

Fatimah Az Zahra berkata...

betul..setuju sangat dengan ulasan luth tentang KA-MK. Hebat betul kan? Rasa bertuah menjadi batch pertama KA-MK & resQ.

yang best jugak,adalah perkongsian numerologi 19hb iaitu 10 Muharam = birthday luth sendiri. Jeles eila tau!! Kiranya, luth dapat hadiah hari jadi yang paling isitimewa lah.. betul tak ?

hm..ada satu lagi..
akhirnya baru lah eila dapat duduk sekali bersembang dengan luth. ( tukang sampuk pun jadi ler )..n baru tahu jugak, luth dah ada 6 anak ! haha..

pecah la rahsia hang..
hehe

Luth berkata...

Alamak!!

Ni yang agak leceh bila ada yang tergelincir faham ni..

Amar.. anta tolong jawab bley tak?
Ana dah ada 6 orang anak ni. Tetiba je ni..

Saya masih bujang trang-tang-tang la Eilanur oiiii..

Yang 6 seloroh je.. affirmasi la kata kan..

Hehehehe.. Saya kategori loq laq juga..

Salam perkenalan yang sebenar.. hehehehe..

Fatimah Az Zahra berkata...

:)

eila seloroh jugak !

take good care..