Dalam kehidupan kita seharian, terdapat banyak jenis ragam manusia yang kita temui baik dari segi perwatakan, tingkahlaku, pertuturan dan sudut pandangan. Semua ini adalah cetusan hasil dari apa yang "berada" di minda dan hati seseorang manusia itu. Kita dapat mengenal pasti aneka ragam ini jika kita melihat melalui skop yang besar ( terpulanglah kepada anda samada anda ingin membayangkan diri anda berada diatas awan sambil memerhatikan aktivitas ragam manusia... bagi saya, ianya persis lelucon a.k.a lawak )
Terdapat banyak ragam yang beraneka ragam akan bercampur-baur dan menjadi satu macam ragam yang dikenali sebagai ragam-ragam manusia. Didalam ragam yang beraneka ragam ini terdapat sejenis ragam yang menjadi pilihan saya untuk perkongsian pada kali ini... ianya ialah ragam manusia yang sering bersangka buruk.
Kebanyakan kita sering terjebak, terjerumus atau terperangkap ( sila faham dengan terma anda sendiri..) dalam ragam dan ini disebabkan oleh kurangnya daya pengawasan kita terhadap tindak tanduk kita dalam berkomunikasi. ( Kita bebas memilih tetapi tidak boleh memilih kesan yang terjadi dari pilihan itu.. ) Bersangka buruk ini akan membuatkan seseorang itu merasakan bahawa tuhan itu jaaaaaaaauuuuuuuuuuh serta boleh membawa kita kepada sesi mengumpat ( jika dikedai kopi atau bersama ahli mesyuarat tingkap ) dan akan lebih menjurus mencari kesalahan seseorang untuk dikambing hitamkan ( dalam mesyuarat antara jabatan contohnya.. ).
Setelah terjebak dalam ragam ini, amatlah tidak sukar untuk memulihkan keadaan diri. Perbanyakan mengingati tuhan dengan menyebut nama-Nya. Pasti.....pasti kita akan tenang dan dalam tempoh tenang itu gunakan sepenuh daya kawalan dengan mengarahkan sudut pandangan ( bukan pandang kiri ke kanan ) dari bersangka buruk kepada bersangka baik.
Banyak kelebihan yang kita dapat dengan bersangka baik ketimbang bersangka buruk dan sentiasa menjaga persangkaan itu kerana ianya akan mendekatkan kita kepada Tuhan. Tuhan tidak menjadikan kita dengan sia-sia. Kita semua mempunyai tujuan, urusan, hal, tanggungjawab dan bermacam-macam lagi aneka ragam dalam kehidupan seharian. Tidak susah untuk bersangka baik sebenarnya. Semuanya bergantung kepada akal tanpa perlu menggunakan so called kuasa minda.
Kendati, bagi yang sentiasa menjaga minda dan hati agar sentiasa bersangka baik, saya cukup yakin bahawa anda sentiasa berasa aman dan tenteram dan begitulah juga hal sebaliknya bagi yang sentiasa bersangka buruk, saya juga cukup yakin anda pasti sentiasa berada dalam ketakutan yang anda tidak tahu berpunca dari mana dan saling membenci. Persangkaan jenis negatif ini amat merugikan kerana ianya akan menghambat nilai-nilai murni yang ada pada diri anda dari mengalir keluar.. Tak payah lah.... ( tak usah atau tak susah? )
Luth.




9 Komentar Anda:
ya. dengan bersangka baik kite memang akan lebih rasa tenang dan bersyukur kepada Tuhan ... serta redha dengan apa jua yang berlaku ke atas diri kita... alhamdulilah ...
Fikirkan yang baik dalam kehidupan. Baik anda sedang mengalami kesusahan atau musibah. Tentu ada hikmah atas segala ketentuan Tuhan YME
Kepada Amar dan Afiq, terima kasih di atas perkongsian anda. Dan buat para sahabat baik samada blogger atau non-blogger, juga saya ucap ribuan terima kasih diatas sokongan anda semua..
Dua-dua ada, cuma kena lebihkan sangka baik...hmm
bersangka baik... akan buat kita tenang :) bila tenang hati pun senyum je.. releks je.. beza dgn org yg sentiasa excited pada hal yg tk perlu... hati pon asyik melompat aje.. uih ada ke teroi seperti ini. mal2.. pepandai aje kamu...
Kepada Roziah, saya pun sama juga, selagi nama manusia tetap akan ada negatif n positif cuma "yang mana satu" lebih dominan je yang membezakannya.
Kepada Dik Mal, terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberi ulasan yang bernas. Kadang kala, saya melompat juga bila habis baca artikel tulisan Dik Mal.. Hehe, bukan melompat kerana apa, tapi kerana teruja dengan gaya tulisan dan isi yang tepat.
Namun terkadang karena segi emosi, orang bersangka buruk apalagi kalau laki laki dan perempuan sedang "berantem"
salam,
www.duniafana.com
Salam kepada saudara Aries kerana sudi mengunjungi blog saya. Terima kasih diatas komen saudara ini.
Bila dibahaskan berkenaan emosi secara terperinci akan mengkaitkan ia kepada banyak perkara dan ini sebenarnya sesuatu uang menarik.
Terutama sekali bila bicara tentang "berantem" ini.
SALAM....kwan2..sy benar2 perlukan nasihat berkaitan tajuk ni..dlm konteks berpasangan..cakap sayang....tapi apa yg dilihat lain..dia lebih pentingkan orang lain..n kdg2 sy tgk sndri die lyan org lain lbih baik..dgn kite endah tak endah je..jadi..bgaimana utk hindarkan prasaan sangke bruk ni..?susah untuk sy percayakan die.. sebab kalo sy dh percaye pastu die wat tak tau plak..kecewa..x faham..tlg ye bg pndpat kwan2.... trime kasih..
Catat Ulasan