19 September 2007

TRANSFORMASI DIRI

Sesuatu perubahan itu mempunyai definisi yang luas serta berbeza. Ianya bergantung kepada corak perubahan yang dipilih dan matlamat sesuatu perbahan itu. Saya yakin bahawa seseorang itu akan melalui beberapa fasa perubahan dalam hidup baik dari segi rohani dan fizikal. Aspek perubahan dalam perkongsian pada artikel ini adalah perubahan menjadi diri yang lebih baik dari sebelumnya dan lebih positif dari sebelumnya.

Perubahan rohani dan fizikal seseorang itu amat berkait rapat ataupun terjadi melalui 2 faktor utama iaitu :-

  1. Kesan pengalaman yang ditulis ( dilalui )

  2. Kesan pengaruh orang lain ( sama ada secara paksaan atau 'tertawan'. Ianya adalah aplikasi dari teknik modelling. Sila rujuk laman blog Amar untuk mendapatkan lebih informasi mengenai teknik ini. )

Kedua-dua faktor ini memberi kesan terhadap minda untuk mengaktifkan tahap kesedaran seseorang itu. Disini, seseorang itu akan menggunakan Kuasa Memilih untuk menbentuk 'corak' perubahan yang dikehendaki. Sebelum itu, seseorang itu pasti melalui beberapa fasa iaitu perubahan dalaman ( rohani ) dan luaran ( fizikal ).

Fasa perubahan dalaman ( rohani ) :-

  • Perubahan minda - Yakni pemikiran akan dihala ke arah matlamat dan akan 'tergambar'. Kita boleh "mereka corak matlamat perubahan yang dikehendaki".
  • Perubahan hati - Yakni keyakinan dan kepercayaan yang terbentuk dari gambaran dalam minda akan terbentuk. Diperingkat ini, seseorang itu telah 'menetapkan pendirian' ke arah matlamat perubahan yang dicipta.
  • Perubahan kesedaran - Yakni seseorang itu telah 'terjaga' dari kesilapan dan kesalahan masa lalu. Diperingkat ini seseorang itu telah 'tahu' dan 'faham' akan apa yang dihajati dan daya tumpuan ( fokus ) akan dijana sepenuhnya oleh minda.

( Boleh juga dipraktikkan konsep 6 elemen kehebatan manusia untuk memantapkan perubahan dalaman ini )

Didalam fasa ini, seseorang itu telah mempunyai matlamat serta tujuan yang harus disempurnakan bersama tindakkan. Dan pada fasa ini juga saya sarankan agar tidak menghebohkan kepada orang ramai dan cukup sekadar memberi tahu kepada mereka yang hampir sahaja. Ambillah pengajaran dari kisah Nabi Muhammad s.a.w diawal kedatangan ajaran tauhid dimana beliau hanya bercerita kepada isterinya iaitu Siti Khadijah dan beberapa kaum keluarga serta sahabat yang rapat.

Seterusnya, setelah mengalami perubahan atau transformasi dalaman, seseorang itu pasti akan melakukan perubahan fizikal atau menzahirkan perubahan yang dikehendaki yakni bertindak. Perubahan fizikal yang saya maksudkan bukanlah perubahan bentuk tubuh badan seperti keluar satu lagi tangan....tetapi tindakkan kearah perubahan seperti ubah cara pemakaian dan penampilan.

Perubahan fizikal ini juga akan melalui beberapa fasa atau peringkat perubahan. Kaedah pertama amat digalakkan oleh saya dan para pengamal minda.

Fasa peubahan luaran ( fizikal ) :-

  • Menulis apa yang digambarkan - Yakni azam untuk berubah. Tulis 'plan' jalan anda ingin tujui. ( Kaedah ini amat bagus untuk matlamat jangka masa pendek dan panjang )
  • Bertindak ke atas apa yang dirancang - Yakni melakukan perubahan-perubahan yang ditulis beserta perbuatan dan tingkah laku. Pada peringkat ini, mereka yang telah anda khabarkan berita tentang perubahan ini, pasti, atau secara automatiknya, akan memberi galakkan.
  • Hasil - Yakni anda akan dapat mengubah diri anda kepada apa yang anda inginkan. Pada peringkat ini anda akan mengalami sati pengalaman 'rasa' di mana hanya anda yang mengetahuinya. ( Seronaklah...dapat berubah. )

Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang boleh diguna pakai untuk melakukan pelbagai perubahan pada diri. Yang penting, niat. Anda tidak perlu berkata " Sahaja aku berniat untuk berubah" kerana ia telah lari dari konsep 'niat' itu. Fahami fungsi niat itu dan apakah itu NIAT.

Jadi, ucapkan selamat datang kepada diri anda yang mengalami Tranformasi Diri Positif. Terdapat ramai yang hanya memerhatikan perubahan dan juga terdapat ramai yang bertindak untuk berubah. Anda berada di situasi yang mana? .............. Pilih lah yang terbaik untuk anda.

P/s : Kita tak perlu mendapatkan pengiktirafan sesama manusia untuk merasai 'pengalaman rasa' perubahan itu. Kita cuma perlu mendapatkan pengiktirafan dari DIA.



Luth.