25 September 2007

MEDITASI - LATIHAN KONSENTRASI

Meditasi, merupakan satu kaedah yang telah diguna pakai oleh seluruh masyarakat dunia pada hari ini. Ianya terbukti dapat memberikan ketenangan kepada pengamalnya. Dengan bermeditasi, kita dapat menyelia aturkan corak pemikiran, pernafasan dan tenaga. Kaedah ini telah diamalkan ribuan tahun oleh para-para wali (Islam), sami (Buddha dan Hindu) dan pengamal seni mempertahankan diri.

Meditasi juga merupakan kaedah terapi bagus bagi minda yang kacau-bilau atau minda yang tidak fokus. Ianya juga adalah 'pengalaman' dimana anda dapat mengenali diri serta potensi minda. Konsentrasi hanya dapat dicapai dengan berserah kepada tuhan yakni kuasa bagi segala kuasa. Dalam mengatur selia corak minda, meditasi adalah medium alternatif terbaik.


KETENANGAN MENGATASI SEGALANYA YANG ADA DIMINDA....


Ketika bermeditasi, adalah digalakkan melakukannya dikawasan atau dipersekitaran yang sunyi (dalam bilik pun boleh..) , bukan untuk memanggil Jin tetapi adalah untuk mendapatkan suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan agar dapat mencapai daya tumpuan yang optima. Dengan itu, minda akan lebih tenang dan otak akan dapat menerima arahan ke arah meditasi yang sempurna. Dalam solat seharian pun anda boleh merasai pengalaman ini, tetapi tidak dengan solat yang terburu-buru atau mengejar masa...


Apabila minda telah tenang, tidak liar atau tidak memikirkan banyak perkara, inilah masa yang sesuai untuk anda meyelia aturkan corak pemikiran atau mindset. Tanamkan kepercayaan baru yang positif disamping mencari kepercayaan positif yang sememangnya telah sedia ada dalam sistem kepercayaan anda. Anda perlu kembali kepada kepercayaan yang sedia ada itu.



PENYELARASAN PERNAFASAN YANG BAIK AKAN MEMBANTU MENCAPAI MAKSUD MEDITASI....


Dengan kawalan dan pernafasan yang teratur, otak akan dapat menerima lebih banyak oksigen yang diperlukan. Ini akan mengurangkan tekanan atau stress pada otak didalam menjalan tugas seharian. Pernafasan yang teratur akan dapat membantu meningkatkan daya konsentrasi dan dengan meditasi, anda secara tidak langsung menyelaraskan pernafasan anda dengan betul.


Seperti senaman-senaman moden atau kuno, terdapat beberapa disiplin pernafasan yang boleh diguna pakai ketika bermeditasi. Disiplin pernafasan akan membantu aliran oksigen berjalan dengan lebih lancar. Anda membantu diri dalam aspek kesihatan secara tidak langsung...



KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARI TENAGA DAN TENAGA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KITA...


Kebanyakkan orang sering memberikan tanggapan negatif terhadap apa yang dikatakan sebagai tenaga dalaman. Ini tidak benar dan bersifat lepas tangan atau melihat dari aspek negatif dan sebagai contohnya seseorang itu dapat berlari dengan laju jika dikejar anjing sedang dia telah lama tidak berlari ( sehampir pelari pecut negara ). Darimanakah tenaga untuk berlari kencang itu datang? Adakah disebabkan oleh ketakutan?

Dengan meditasi, para pengamal ilmu mempertahankan diri, para pengamal ilmu perubatan alternatif yang bercorak bio-energi dapat menyelaraskan tenaga dalaman kedalam apa yang dikata dengan 'mengamalkan ilmu'. Mengamalkan ilmu itu adalah KUASA dan sesuatu ilmu itu haruslah diamalkan demi menjaga dan memperkayakan keaslian ilmu itu. Dengan pernafasan dan daya konsentrasi minda, kita akan dapat menyelia aturkan tenaga dalaman untuk pelbagai perkara ( sila lihat dari skop yang luas ) yang berkenaan dengan kehidupan seharian kita.




p/s : Kenapakah wali songo, para sufi, para pengamal paranormal, pengamal ilmu persilatan, jutawan barat dan timur memiliki kehebatan yang bercorak fizik dan metafizik? Sekadar renungan bersama....

p/s/s : Dalam Islam mengalakkan kita berserah kepada-Nya dan berbuat baik sesama mahkluk...


p/s/s/s : Buka minda, kenali diri...





Luth.