Langgan artikel Luthfikir. Sila masukkan E-mail anda:


10 Julai 2009

Workshop QUANTUM $UK$E$

0 Komentar Anda

ERA BARU TRANSFORMASI DIRI

Jika anda pernah terfikir mengapa sesetengah individu boleh menjana KEJAYAAN dan KEKAYAAN dengan mudah, manakala sesetengah yang lain mengalami kesukaran dan kegagalan.…. JAWAPANNYA KINI BERADA DI HADAPAN ANDA!!!

MEMPERKENALKAN :

Workshop Pertama Yang Seumpamanya Di Malaysia…

Anda akan DIDEDAHKAN dengan ILMU & TEKNIK Rahsia untuk memanipulasikan HUKUM TARIKAN (LAW OF ATTRACTION) bagi MENJANA KEJAYAAN ke dalam kehidupan anda HARI INI!!!

Cuba anda renungkan sebentar persoalan-persoalan ini!:

  • Kenapa saya sukar untuk mendapatkan kekayaan? Adakah kekayaan itu HANYA dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja?
  • Adakah saya sudah disuratkan untuk mendapatkan kesusahan? Bagaimanakah caranya untuk menarik rezeki dengan mudah dalam kehidupan saya?
  • Kenapa saya kerap ditimpa dengan pelbagai masalah dan kesusahan?
  • Hubungan saya semakin tegang. Mampukah saya kembalikan kebahagiaan dan mengekalkannya?
  • Masalah kesihatan sering mengganggu rutin saya. Apakah teknik penjagaan kesihatan yang ampuh yang dapat saya praktikkan dengan mudah untuk meningkatkan mutu kesihatan saya?
  • dan sebagainya lagi…

Ramai yang tidak tahu bahawa SUKSES adalah satu kemahiran dan sains. Sama seperti kemahiran-kemahiran lain yang boleh dipelajari.

Memang terdapat ilmu untuk SUKSES dan ianya adalah ilmu yang pasti seperti algebra atau matematik. Terdapat peraturan tertentu yang mentadbir proses untuk MENJANA kekayaan. Apabila peraturan tersebut telah dipelajari dan dipatuhi oleh SESIAPA SAHAJA, maka sudah pastinya beliau akan menjadi kaya.”

- The Science of Getting Rich -

Wallace D. Wattled

Bangkitkan Kemampuan POTENSI Yang anda miliki!

“Mereka yang BERJAYA adalah mereka yang BANGKIT dari kemiskinan dan mencari HAKIKAT kehidupan yang mereka cari.

Jika mereka tidak bertemu akannya..

Mereka menciptanya!!”

- George Bernard Sha

Di zaman moden ini, teknologi moden telah semakin berkembang. Kemajuan sains juga telah mededahkan banyak rahsia-rahsia kehebatan manusia. Salah satu nya adalah POTENSI KUASA MINDA dan ILMU KUANTUM ENERGI.

Kajian mendapati tubuh manusia adalah seperti satu sistem pemancar energi yang sangat luar biasa. Ramai individu yang tidak menyedari pekara ini. Energi yang dipancarkan akan bertindakbalas atau berintrieksi dengan alam. Dan inilah yang akan menghasilkan pelbagai situasi seperti peluang kewangan atau perniagaan, ‘luck’ atau nasib yang baik, peristiwa dan sebagainya kepada seseorang individu.

Persoalannya dari mana energi dan tenaga yang dipancarkan itu datang?

Sebenarnya manusia itu terdiri dari beberapa elemen yang menjadikan manusia itu satu makhluk yang hebat.

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) PADA DIRIMU SENDIRI. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

Az-Zariyat 20-2

Maka, untuk mencapai kejayaan dan kekayaan dengan mudah, penyelarasan dan keseimbangan di antara elemen-elemen tersebut adalah sangat penting. Jika anda mahu menarik dan menjana kekayaan, bukan sahaja tindakan fizikal anda mestilah menuju kepada kekayaan TETAPI Elemen Mental, Emosi dan Kerohanian anda juga perlu memancarkan vibrasi kekayaan. Ingat Hukum Tarikan (Law of Attraction) mengatakan…Like attract alike- Energi positif akan menarik peluang atau situasi positif ke dalam kehidupan anda. Dan pancaran Vibrasi energi kekayaan AKAN MENARIK SEMULA PELUANG, SITUASI, BISNES, DAN “LUCK” YANG MENJANA KEKAYAAN KE DALAM KEHIDUPAN ANDA.

Anda dapat apa yang anda fikirkan. Samada anda inginkan ataupun tidak. Hukum Tarikan adalah neutral. Segala bentuk tenaga dan frekuansi akan menarik di antara satu sama lain yang mempunyai vibrasi yang sama. Anda adalah satu “Magnet Hidup”.

-Joe Vitale-

“Apakah Yang Akan Anda Perolehi dari WORKSHOP Ini?”

Anda akan didedahkan tentang :-

    • TEORI KUANTUM FIZIK dan hubungannya dengan ALAM DIRI MANUSIA. Rahsia POTENSI dan kekuatan KUANTA yang ada pada diri manusia
    • Memahami apakah itu HUKUM PENARIKAN (The Law of Attraction) dan hukum-hukum “universal” tentang kekayaan yang telah diabaikan.
    • Ketahui kuasa KUANTUM energi yang akan membantu anda memanifestasikan segala IMPIAN dengan lebih mudah.
    • Berkongsi tips-tips menarik & mengoptimakan kekuatan minda @ Kuasa Minda yang ada pada diri anda.
    • Kaedah UPGRADE OTAK dengan cepat dan Progresif. Memecahkan kepercayaan (Belief System) lama yang telah menjadi VIRUS dan “penghalang” yang mengganggu proses kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan anda.
    • Menanam KOD SUKSES ke dalam DNA dengan Software-DOA.
    • Mempelajari teknik-teknik meditasi yang betul dan berkesan untuk digunakan dengan teknik kuasa minda seperti “visualisasi” dan “self hipnosis” dari Guru Bio-Energi dan Perunding KUANTUM ENERGI sendiri.

Melalui Workshop QUANTUM $UK$E$ ini anda akan dibimbing langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan KUASA KUANTUM MINDA dan AURA anda untuk mencapai apa sahaja yang anda inginkan seperti kejayaan, kekayaan, kemewahan, kegembiraan, kebahagiaan dan banyak lagi.

Apakah Yang Akan Kami Kongsikan Lagi?

RAHSIA TERAPI R’ESQ 56

Satu gabungan terkini Terapi Meridian, Emotional Freedom Technique dan KUANTUM ENERGI khas untuk PESERTA! Dan dibimbing serta ditunjukkan oleh PENGASASNYA SENDIRI- Dr Mir Hazil Azran Ramli!

Peserta akan dibimbing untuk menggunakan terapi ini . Dijamin, anda akan terus boleh menggunakannya selepas dari workshop tersebut. Pendekatan kaedah inilah yang dikenali sebagai kaedah Psikologi Energi iaitu salah satu Teknik terkini yang sedang mendapat sambutan hebat dari seluruh ahli psikologi energi yang boleh menukar “kepercayaan negatif” tentang kekayaan kepada “kepercayaan positif” dalam masa yang sangat cepat dan mudah diamalkan. Rahsia di sebalik rahsia yang disingkap dalam buku “The Secret”.

Di sini kami kongsikan sebahagian dari mereka yang melakukan “keajaiban” selepas mempraktikkan

teknik ini…

Testimoni 1:

Asmkm dan selamat sejahtera, Terima kasih saya ucapkan terutama kepada Master Hazil kerana telah membimbing saya . Apa yang dapat saya katakan sejak kembali dari kursus saya telah mengamalkannya. Alhamdulilah telah menunjukkan kesannya kerja menjadi lancar, bantuan tak terduga, kewangan dll. Saya dapati kaedah ini (resq56) adalah kaedah yg cepat dan berkesan terutama dari segi penarikan energi. Kaedah pembuangan atau melancarkan blokage yang berkesan. Saya pernah mengikuti kursus hipnotis, pernafasan, tenaga dalam, gerak silat dll, sekadar menambah ilmu pengetahuan dan mencapai cita-cita. Saya dapati kaedah resq56 amat berbeza dan satu bonus pada saya dengan teknik-teknik yang saya pernah belajar menjadi lebih lancar. Pendek kata resq56 bukan sahaja untuk kekayaan dan kejayaan tapi untuk apa jua yang terlintas dan fikirkan selagi tidak terpesong dengan hukum Allah. Percayalah sesungguhnya kita dilahirkan memang untuk berjaya….terima Kasih sekali lagi

KHAIRUL – Klang

Testimoni 2:

Alhamdulillah, Sejak amalkan RESQ56 ni saya rasa bila solat, rasa lebih tenang dan khusyuk. Semasa solat jemaah kat surau waktu Maghrib dan Isyak tadi, nampak jugak cahaya putih bila pejamkan mata. Rasa nyaman, indah dan tenang bila disinari dengan cahaya putih tersebut. Sempat buat meditasi afirmasi 5 Prinsip Kemakmuran (buat macam beri’ktiqaf) dalam surau tadi semasa menunggu masuk waktu Maghrib. Wallahua’lam.

Fadzli Nordin – Putrajaya


Kami Memberi Jaminan Peribadi Bahawa Ini Adalah Workshop Yang Amat Berbaloi! Suatu pelaburan yang AKAN MENGUBAH TAKDIR HIDUP ANDA!

HUBUNGI KAMI HARI INI.. 017-333 2349 untuk pendaftaran & PERTANYAAN. (SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP KERANA TEMPAT YANG TERHAD)



28 Jun 2009

Reiki : Tenaga Alam BUKAN Tenaga Dalam

0 Komentar Anda

InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd menawarkan siri kursus Reiki dan kami disini amat mementingkan kualiti dan amat menitik beratkan HASIL yang akan dirasai oleh peserta-peserta kursus. Terdapat penjelasan diantara kursus yang murah dengan kursus yang mahal. Seperti barangan, murah bererti barangan biasa, maka ISInya juga berkelaskan tahap BIASA. Berbanding dengan barangan yang mahal, SUDAH PASTI ISInya berkelaskan tahap LUARBIASA.

Ada beza antara nasi lemak yang berharga RM 1.00 dengan nasi lemak yang berharga RM 3.50. Apa bezanya? Sudah tentu nasi lemak yang berharga RM 3.50 ini penuh dengan lauk-pauknya seperti ayam, sotong & daging rendang.. berbanding dengan nasi lemak yang berharga RM 1.00 yang sudah tentu hanya ada telur rebus separuh. Akan tetapi, ramai yang ingin nasi lemak yang penuh dengan lauk pauk tetapi hanya dengan berharga RM 1.00. Perkara ini memang kelakar tetapi inilah mentaliti kebanyakkan rakyat Malaysia. Kebanyakkannya fikir MURAH, MURAH, MURAH, KECIL, KECIL, KECIL…

Begitu juga dengan ilmu Reiki ini, ilmu ini bukan milik orang yang tidak serius dalam kehidupan, ilmu ini bukan milik mereka yang sering melihat sesuatu yang kecil-kecil & murah-murah, ilmu ini bukan untuk dipelajari untuk memesongkan akidah, ilmu ini tidak layak untuk mereka yang merasakan mereka sudah bagus.

Pemahaman sepenuhnya tentang pratis Reiki merupakan FOKUS UTAMA kami. Kami turut memberikan PERKHIDMATAN KHUSUS secara PERCUMA selama 6 bulan kepada peserta kursus Reiki semata-mata ingin menjaga tahap kualiti dan ingin memastikan peserta-peserta ini tidak tersalah faham dalam praktikum mereka. Mereka hanya perlu menghubungi IQBC dan menanyakan soalan kepada kemusykilan mereka secara terus. Hubungan antara mereka kami teruskan walaupun diluar sesi kursus. Saya pasti tempat lain tiada buat sebegini, jika ada masakan terdapat Master Reiki aliran lain yang mengatakan dengan penuh yakin bahawa Reiki ini tenaga dalam. Nak kata tak faham bahasa jepun mungkinlah, tetapi apa yang mereka belajar dengan guru mereka?

Rei = Alam

Ki = Tenaga

Ini adalah fakta yang sering diTEKANkan oleh kami di IQBC dan mana-mana perguruan Reiki Usui. Ini merupakan asas, jika asas pun salah dah tentu praktis yang lebih “advace” juga salah kerana dia menggunakan tenaga dalaman. Kami di IQBC sebenarnya sudah jemu untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh perguruan Reiki yang lain.

Baru-baru ini kami ada menerima panggilan telefon dan individu ini mengatakan bahawa dia pernah belajar Reiki sehingga tahap Master cuma dalam masa 1 hari. Wow.. memang macam mee maggie.. sedap dimakan, cepat dimasak.. lepas tu nganga… Dia minta kami bantu dari segi nasihat yang pelbagai. Mana perginya guru dia? Gurunya sibuk jual produk dan kumpulkan kekayaan. Untuk orang ini, mindset “hendakkan yang murah tapi isi banyak” lah yang menjadikan anda terkapai-kapai tanpa memahami apa yang dipelajari. Nota tiada, manual pun tiada, tapi dah jadi Reiki Master. Memang kelakar, tapi inilah kebanyakkan mentaliti rakyat Malaysia. Saya hanya boleh gelak…

Kalau hendak dikumpulkan gelak saya ini bukan itu sahaja, ada BANYAK lagi.. cuma saya malas nak fokus kepada itu. Kepada rakyat malaysia, nantikan kursus kami yang murah,murah, murah pada masa akan datang.


-Master Lutfi-

24 Jun 2009

Reiki : Teknik Khusus Dalam Menangani Tekanan (Stress)

0 Komentar Anda

Tekanan datang dalam pelbagai bentuk. Ianya merupakan sebahagian dari gaya kehidupan pada alaf ini. Gaya kehidupan yang kurang sihat, keadaan persekitaran yang tidak selesa, udara yang tidak bersih, faktor kewangan dan kurang kepuasan dalam kerjaya adalah antara faktor penyumbang kepada wujudnya masalah tekanan ini.


Laporan statistik dari Kementerian Kesihatan berkenaan sakit mental ringan kepada skizofrenia pada 20 Jun 2009 menunjukkan seramai 397,010 individu yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007. Peningkatan ini amat membimbangkan dan ianya semakin meruncing.


Aspek emosi dan mental merupakan sebahagian dari diri manusia. Ianya tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan ianya ADA. Kurangnya kesedaran dalam cara menangani tekanan merupakan penyumbang utama dalam meningkatnya tahap tekanan dalam diri.


Bermula dari minda yang berserabut ianya akan menghasilkan perasaan yang tidak menentu. Keadaan ini turut mempengaruhi ritma tubuh dan jika dibiarkan terlalu lama maka akan timbul pelbagai gejala seperti tekanan darah tinggi, hilang selera makan atau makan berlebihan dan sebagainya. Simptom-simptom permasalahan yang berlaku merupakan tanda-tanda bahawa terdapat ketidak harmonian tenaga dalam tubuh.


Tekanan yang pada asalnya hanya berada ditahap mental kini telah pergi jauh ke tahap fizik. Pada tahap ini seseorang perlu mendapatkan pelbagai rawatan untuk merawat sisitem tubuh yang telah terganggu ritmanya. Darah tinggi merupakan salah satu dari penyakit yang berpunca dari kegagalan mengawalselia tekanan. Dalam ertikata lain, penyakit fizikal adalah manifestasi terakhir penyakit.




Solusi


Dikenali dengan nama ‘Terapi Tenaga Alam’; Reiki memberikan solusinya. Hadir bersamanya teknik yang mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan dimana sahaja. Teknik yang mudah ini hanya memerlukan aliran tenaga alam dialirkan kepada mana-mana bahagian tubuh yang hendak dirawat atau pusat tenaga (chakra) demi mengharmonikan tenaga dalam tubuh. Ianya dapat dilakukan dalam tempoh 30 minit untuk merawat diri sendiri secara keseluruhan. Ianya boleh dilakukan sewaktu berada dipejabat, dihadapan televisyen, selepas solat atau pada masa dan tempat yang dirasakan sesuai.


Tumpuan utama rawatan adalah untuk mengharmonikan aliran tenaga dalam tubuh dan ianya merupakan kunci kepada kesihatan yang sejahtera.


Teknik ini dibahagi kepada tiga peringkat iaitu


  1. Cleansing ( Pembersihan )


  1. Energize ( Menambah Tenaga )


  1. Protection ( Perlindungan )



Cleansing ( Pembersihan )


Peringkat ini merupakan proses pembersihan hambatan pada jaluran tenaga yang telah menyekat aliran tenaga dari pusat tenaga keseluruh tubuh. Hambatan ini merupakan tenaga kotor yang terkumpul lalu mengeras dan ianya harus dibersihkan untuk melancarkan kembali aliran tenaga kepada keseluruhan sistem tenaga hayat manusia.



Energize ( Menambah Tenaga )


Peringkat ini pula merupakan tahap dimana tenaga alam ( Reiki ) akan dialirkan terus ke semua pusat tenaga dan tenaga ini akan berasimilasi dengan dengan dalam tubuh serta akan mengembalikan keharmonian dalam tubuh.



Protection ( Perlindungan )


Memperkuatkan dinding lapisan Aura merupakan fokus utama peringkat ini. Kini kerana aura merupakan perisai yang melindungi manusia dan ianya seperti lapisan ozon yang melindungi bumi.


Terapi tenaga alam ini merupakan satu teknik TERKINI dalam merawat pelbagai permasalahan termasuk merawat tekanan (stress). Kaedah ini sangat popular di barat dan ianya telah berkembang di Malaysia. Di Malaysia Reiki berada dibawah selian Kementerian Kesihatan dan pengamal Reiki yang hendak memberikan khidmat mereka kepada masyarakat haruslah berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan.


Dengan peningkatan masalah dalam menangani tekanan maka amat sesuai jika seseorang itu mempelajari Reiki. Ianya umpama pelaburan sepanjang hayat dan boleh diajarkan kepada anak, adik-beradik dan teman-teman.


Dengan memahami kaedah rawatan, seseorang itu dapat megubah teknik itu mengikut kesesuaian diri berdasarkan kreativiti masing-masing.Keunikan terapi Reiki adalah ianya mampu merawat keseluruh aspek seperti kerohanian, emosi, minda dan fizikal; tidak pula hanya terbatas untuk merawat penyakit semata-mata malah ianya juga boleh digunakan untuk mengharmonikan semula tenaga pada persekitaran yang turut akan mempengaruhi tahap mental, emosi dan fizikal seseorang itu



- Lutfi -

Reiki Usui Master



16 Jun 2009

Kursus Sukses Reiki

0 Komentar Anda


Kursus Sukses Reiki Tahap 1 & 2 akan diadakan pada 4hb & 5hb Julai. Kursus selama 2 hari ini akan sepenuhnya dikordinasikan oleh Dr Master Mir Hazil Azran. Peserta akan mendapat bimbingan secara terus dan latihan + nasihat selama 6 bulan selepas menyertai kursus ini. Perkara ini hanya terdapat di IQBC.

Daftarlah dengan segera sebelum 30hb Jun sementara tawaran diskaun 30% masih ada. Buang sikap berfikir 2 kali kerana ia akan menyebabkan anda berfikir sebanyak 20 kali sebelum bertindak. Ianya akan melambatkan anda.

Tidak perlu was-was kerana kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator yang berpengalaman dan ilmu ini disampaikan oleh PRESIDEN REIKI MALAYSIA. Orang yang sukses hanya belajar dan tiru cara orang yang sukses.

Ayuh, sertai kursus ini dan ajaklah rakan-rakan atau saudara-mara yang berminat. Komisyen RM 100.00 akan diberikan kepada anda apabila anda membawa SEORANG rakan untuk menyertai kursus ini.

Peserta kursus akan turut mendapat

  • Sijil
  • Nota & Manual Reiki
  • Poster Teknik 'Reiki Hands On'
Sebarang pertanyaan sila hubungi IQBC 03-58804349 / saya 017-3332349 / Master Ismi 017-3002349.


09 Jun 2009

Penjelasan Saintifik?

1 Komentar Anda

27 Mei 2009

Potensi Tersembunyi : Dimanakah IA?

0 Komentar Anda

Malek kelihatan mundar mandir sambil mengerutkan dahinya. Lalu bertanya Kamil kepadanya “apa yang kamu cari?”. Malek hanya mendiamkan diri sambil memberikan tumpuan kepada memorinya tentang barang yang sedang dicarinya. Setelah puas dia menyelongkar atas almari dan celah laci, dia berhenti. Kelihatan Malek mengomel sendirian “mana kau sembunyi ni?”. Kamil hanya memerhatikannya sahaja. Kemudian Malek menyeluk poket jaketnya. “Hah !! dah jumpa..” “Apa yang dah jumpa?” Tanya Kamil. “Kunci motorsikal daaa…”.. lalu mereka gelak bersama-sama.


Kisah pendek diatas adalah mengisahkan Malek yang mencari barangnya yang hilang. Kehilangan barang itu mungkin disebabkan kelalaiannya, cuma perkara yang ingin digazetkan disini adalah, apabila sesuatu barang itu hilang.. bererti ianya ada sebelum ini. Ia cuma hilang kemudian.


“Mana kau sembunyi ni?” - Pertanyaan Malek kepada ‘barang’ yang hilang itu merupakan tindakan secara spontan manusia apabila melakukan gerakkerja mencari sesuatu. Ini kerana berdasarkan rekod memorinya barang itu ADA pada sebelum ini.


Manusia dijadikan oleh tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Manusia merupakan ciptaan dan pencipta yang Maha Agung. Tidak mungkin manusia dicipta secara sia-sia. Soalan - Adakah pencipta yang Maha Agung itu sengaja mencipta khalifah dengan sia-sia? Jawapan - TIDAK.



Manusia dilahirkan cukup sifatnya dan dilengkapi dengan pelbagai POTENSI. Akan tetapi cuma sedikit sahaja potensi yang dikeluarkan oleh manusia. Kenapa ini berlaku? Ini terjadi kerana kealpaan kita dalam kehidupan seharian. Sikap melihat sesuatu sebagai HAMPA hanya menambahburukkan lagi keadaan. Terdapat JUTAAN POTENSI yang ada dalam SEORANG manusia. POTENSI ini hanya menunggu waktu diAKTIFkan Potensi ini boleh dikatakan sebahagian dari kebangkitan kundalini, bukaan chakra, kekuatan minda, cara kita menghasilkan sesuatu, cara kita berkomunikasi, dan pelbagai lagi contoh.


Pernahkah anda bertanya kepada diri soalan ini :-


Apa lagi POTENSI yang ada dalam diri saya ini?”.


Kebiasaannya potensi ini dikenalpasti oleh orang lain seperti rakan, ibubapa, sahabat dan majikan. Tetapi cara ini lambat, boleh dicurigai ketepatannya (mungkin nak mengampu), ianya masih memerlukan bantuan luar untuk MENYELONGKAR potensi diri, dan tidak menunjukan corak kaedah terkini. Lalu apakah caranya yang dikatakan KAEDAH TERKINI dan TIDAK memerlukan bantuan luar?


Rahsia ini terletak di dalam NOMBOR. Nombor ini dibaca dari pelbagai arah. Nombor ini datangnya dari calendar, jam, dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan kaedah yang digunakan oleh numerologis dalam merungkai kod-kod rahsia alam ini adalah berdasarkan kalendar masihi @ solar. Lalu pelbagai potensi dapat diterokai. Namun hasilnya hanya masih separuh (walaupun impaknya cukup besar). Ini kerana para numerologis perlu SEDAR bahawa bulan juga turut mempengaruhi pasang-surutnya laut dan ini juga menunjukkan bahawa calendar lunar juga terdapat kod-kod rahsia.


Cuba bayangkan rupanya masih terdapat JUTAAN POTENSI yang tersembunyi dibalik nombor pada kalendar lunar? Bersediakah anda untuk menjadi diri anda yang sebenar-benarnya ANDA? Bersediakah anda untuk menemui jalan baru untuk merangkul kejayaan? Bersediakah?


Perlu diketahui bahawa tujuan membuat analisis tarikh lahir lunar adalah untuk menemukan POTENSI yang TERSEMBUNYI dalam diri. Tersembunyi bukan bererti tiada, tersembunyi bererti ADA dan ia hanya menanti untuk DIDEDAHKAN oleh empunya diri. Potensi ini dipercayai mampu untuk mengembalikan keseimbangan tenaga dalam tubuh kerana POTENSI SOLAR telah bergabung dengan POTENSI LUNAR lalu membentuk POTENSI SEBENAR DIRI. Anda akan menjadi semakin KENAL DIRI.


Berdasarkan semangat ingin membantu mereka yang serius ingin berubah, IQBC telah membangunkan kaedah numerologi yang TERKINI yang hanya KHAS untuk MEMBONGKAR KHAZANAH TERSEMBUNYI dalam diri anda.




SABTU & AHAD 30hb &31hb MEI 2009

Masa: 9.30 pagi hingga 5.00 petang

Lokasi: BILIK SEMINAR 1 , IQBC Sdn Bhd, SHAH ALAM

TEMPAT TERHAD!! SESI SECARA ‘PERSONAL COACHING’!! Ruang masa yang cukup untuk konsultasi & soal-jawab berkenaan tarikh lahir setiap peserta.


BONUS KHAS!! – KURSUS “PENTARIKHAN & PENOMBORAN ISLAMIK”

PERTAMA SEUMPAMANYA DI MALAYSIA!!! BONGKAR RAHSIA NUMEROLOGI ISLAM ANDA!!

Bongkar “RAHSIA DALAM RAHSIA” ALAM DIRI.

KETAHUI “POTENSI TERPENDAM” yang memang sedia ada pada diri.

Bongkar “RAHSIA” NOMBOR DI SEBALIK KALIMAH

KETAHUI “RAHSIA PENYEMBUHAN” masalah & penyakit anda.


-Master Lutfi-